SUNGAI PETANI - Sehari selepas akhbar melaporkan mengenai seorang
pembantu rumah Indonesia mendakwa didera majikan berketurunan Cina,
polis berjaya menyelesaikan kes itu berikutan tertangkapnya dua beranak
di Taman Patani Indah di sini kelmarin.
Susulan tangkapan itu, dua beranak berusia 61 dan 29 tahun yang
merupakan majikan mangsa direman selama tiga hari bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera.
Sabit
kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau
sebat.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin
berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat
pada pukul 11.30 pagi kelmarin.
Katanya, dua beranak itu diberkas di rumahnya pada pukul 7.30 malam.
"Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dengan batang mop di
badan dan muka. Mangsa telah bekerja dengan suspek sejak April lalu dan
kerap dipukul sejak dua minggu kebelakangan ini.
"Ekoran itu, dia mengalami kecederaan dan lebam pada muka dan mata
kiri selain sakit dada serta punggung," katanya pada sidang akhbar di
sini semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan, amah yang dikenali sebagai Suryani,
24, dari Jakarta, Indonesia cedera teruk di muka dan badan selepas
mendakwa didera oleh majikannya sejak beberapa minggu lalu.
Selain itu, dia juga mendakwa dikerah untuk bekerja seawal pukul 5 pagi hingga lewat malam setiap hari dan sering dimaki hamun.
Suryani kemudian melarikan diri pada pukul 12 tengah hari Ahad lalu
sebelum diselamatkan seorang wanita di Taman Sejahtera yang terletak
berhampiran rumah majikan mangsa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan