SANDAKAN: Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu Islam boleh memilih agama di
bawah faktor kebebasan agama boleh menimbulkan suasana yang bukan
sahaja sensitif, tetapi boleh menimbulkan kemarahan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,
tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai
gadaian.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.
“Jika dicampuradukkan politik dan pendekatan cakap tidak serupa bikin
dengan agama dan isu kaum, ia memberi kesan yang boleh menjejaskan
keselamatan negara,” katanya selepas merasmikan Program Rela Sabah
Bersama Pemimpin di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, beliau ingin mengetahui jawapan Pas kepada hujah
Nurul Izzah itu kerana dahulu UMNO dikafirkan kerana berkawan dengan
MCA dan Gerakan.
“Sekarang ini isu begitu sensitif, boleh diterima pula oleh Pas yang
menunjukkan mereka tidak konsisten dalam pendirian mereka,” katanya.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana
seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya
terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara
sama rata,” katanya.
Nurul Izzah berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 November lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan