KAHERAH - Segelintir ulama menyifatkan tragedi Taufan Sandy yang
membadai New York dan beberapa bandar lain di Amerika Syarikat (AS)
adalah hukuman Allah SWT selepas kelancangan dan kebiadaban negara itu
menerbitkan filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Ulama Mesir, Wagdi Ghoneim menganggap taufan itu sebagai pembalasan
terhadap penerbitan filem anti-Islam yang dilakukan AS
sehingga mencetuskan gelombang protes di seluruh dunia pada September
lalu.
"Punca dan sebab taufan di AS masih menjadi persoalan dan saya
berpendapat ia adalah pembalasan Allah SWT terhadap kemungkaran mereka,"
katanya.
Kenyataan itu disampaikan melalui laman Twitternya selepas dua hari bencana itu melanda AS.
Manakala ulama Arab Saudi, Salman al-Audah berkata, taufan mengorbankan
lebih daripada 140 orang itu, adalah petanda awal untuk mendorong
rakyat AS memeluk Islam.
Namun, reaksi berbeza disuarakan mufti besar negara itu, Abdel Aziz Al
Sheik apabila menyatakan rasa simpatinya terhadap mangsa bencana.
“Jangan terlalu gembira dengan tragedi itu kerana terdapat mangsa
bencana dalam kalangan umat Islam dan mereka turut menderita,” katanya.
Sementara itu, ulama Iran berpendapat, kejadian itu adalah kuasa Allah
SWT kerana Iran juga pernah mengalami bencana yang sama pada 2003 hingga
menyebabkan lebih 26,000 terkorban di bandar Bam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan