Sabtu, 27 Februari 2016

Muhyiddin jawab penggantungan jawatan

Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.

Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden?

Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.

Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.

Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.

Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.

Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.

Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.

Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.

MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.

MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.

Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya. Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang UMNO akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.

Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib. Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan UMNO dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib.

Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya.

Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO? Telah terhapuskah nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan menentang yang batil? Telah leburkah semangat perjuangan dalam diri pemimpin UMNO? Atau, apakah yang bermaharajalela hanyalah nafsu kuasa yang penuh muslihat dan tipu daya?

Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.

Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup. Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.

Najib juga sedang mengukuhkan kuasanya. Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Hanya kerana dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara tidak berani mendakwa Najib. Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa. Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.

Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu.

Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan. Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.

Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

Selain itu, Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan Polis Di-Raja Malaysia mesti dipastikan bebas untuk menjalankan fungsi masing-masing tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun. Peranan mereka di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara mesti diperkukuhkan. Kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ketua-ketua agensi ini mesti dihadkan untuk membolehkan mereka bertindak secara bebas dan telus.

Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti.

Saya menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersama saya. Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya. Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih. Kepada pemimpin akar umbi UMNO terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah. Saya juga amat menghargai pendirian UMNO Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang!

Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia.  Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.

Allahu Akbar!

MUHYIDDIN YASSIN
27 Februari 2016

Jumaat, 26 Februari 2016

Nelayan mati lemas ketika cuba selamatkan mangsa pesawat TUDM terhempas

Post Pic
 
Seorang nelayan meninggal dunia ketika mahu membantu menyelamatkan mangsa pesawat CN235 milik TUDM yang mendarat cemas di pantai Kuala Selangor, pagi tadi. 
 
Mangsa dikenali sebagai Hasan, 57, dipercayai lemas selepas cuba berenang untuk menyelamatkan mangsa. 
 
Sumber berkata, mangsa antara nelayan terawal yang melihat kejadian. 
 
"Mangsa mencari kerang di pesisir laut ni. Ketika cuba menyelamatkan mangsa, dia terjerlus di kawasan lumpur. 
 
"Dia hanya ditemui selepas air surut oleh pasukan penyelamat," katanya. 
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritenden Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu. 
 
"Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.

Nahas TUDM: Kegagalan enjin paksa pesawat mendarat cemas

Post Pic


 
Masalah enjin gagal berfungsi memaksa pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk melakukan pendaratan kecemasan di kawasan pantai berpaya di sini, pagi Jumaat kata polis.
 
Walaupun semua lapan pegawai TUDM terselamat, polis berkata seorang nelayan lemas semasa cuba mengeluarkan mangsa keluar dari pesawat jenis CN235 itu.
 
Pesawat tersebut berlepas dari Pangkalan TUDM Subang kira-kira pukul 8.30 pagi untuk menjalani sesi latihan rutin dan mengeluarkan isyarat kecemasan 10 minit kemudian.

Pesawat TUDM mendarat cemas dalam hutan paya bakau


Suasana hening pagi Jumaat di Pantai Asam Jawa, Kuala Selangor bertukar kalut tiba-tiba selepas sebuah pesawat pengangkut milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235 terbang rendah sebelum melakukan pendaratan cemas di sekitar hutan paya bakau di kawasan itu.

Lokasi itu cuma sekitar 300 meter dari pantai dan kejadian pada jam 8.40 pagi itu melibatkan lapan anggota TUDM.

Mereka semuanya dilaporkan selamat kecuali seorang patah tangan.

Ketua Editor Malaysian Insider dipanggil ke Bukit Aman



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Ketua Editor portal berita The Malaysian Insider telah dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan mengenai laporan yang mengelirukan orang ramai memetik sumber daripada ahli panel pengkaji operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau memberitahu demikian menerusi laman twitter beliau pagi Jumaat.

Laporan The Malaysian Insider itu memetik sumber panel SPRM mengatakan panel itu dapati ada bukti prima facie untuk dakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu SRC Intenational.

Pengerusi panel itu, Tan Sri Hamid Bugo dan ahlinya, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dalam satu kenyataan menafikan laporan berkenaan.

Majlis Tertinggi UMNO gantung Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO….

[Gambar kerusi kosong Tan Sri Muhyiddin di mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO]

Seperti yang dijangka berikutan tindak tanduk Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menerus membuat serangan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat ini sebulat suara setuju menggantung jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Pengantungan ini berkuatkuasa serta merta hingga pemilihan UMNO akan datang.

Khamis, 18 Februari 2016

Mayat anak kapal terjatuh ke laut ditemui sudarmin

sudarmin
Mayat Sudarmin ditemui anggota pasukan SAR, dengan bantuan ROV, di mana kaki mangsa terbelit tali nilon yang mempunyai pencangkuk besi. - Foto Bernama

KUANTAN: Mayat seorang anak kapal ‘FMSUV FOS LEO’ yang sebelum ini dikhuatiri terjatuh di 86.8 batu nautika dari Tanjung Berhala, Kemaman, Terengganu pada Ahad lalu, ditemui pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Timur, Datuk Mamu Said Alee berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) Sudarmin Aminuddin, 31 dilaksanakan pada kedalaman 70 meter di lokasi sama pada jam 3.30 pagi tadi.

“Mayat ditemui anggota pasukan SAR, dengan bantuan Kenderaan Kawalan Jauh (ROV) dan berdasarkan monitor ROV, kaki mangsa terbelit tali nilon yang mempunyai pencangkuk besi.

Jenazah 4 rakan hilang selamat dikebumikan

Empat remaja yang hilang ditemui mati di dalam kereta di anak sungai di KM42, Jalan Kota Tinggi. foto mstar
 Jenazah empat remaja yang ditemui mati di dalam kereta di anak sungai di KM42, Jalan Kota Tinggi-Mersing, pagi tadi selamat dikebumikan, malam tadi.

Jenazah Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, manakala Abu Izzani Abu Bakar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong.

Majlis pengebumian di kedua-dua tanah perkuburan terbabit selesai kira-kira 11.30 malam.

Terdahulu, kesemua empat jenazah yang dibawa dengan van, tiba di Masjid Nur Hidayah, Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, Masai, pada 10 malam dari Hospital Mersing untuk disembahyangkan.

Sabtu, 13 Februari 2016

Al-Fatihah – Sekilas Setahun Pemergian Tok Guru Nik Aziz




Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari tahun lalu kira-kira jam 9.40 malam di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Pemergian sayu ini disahkan Profesor Dr. Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di HUSM Kubang Kerian.

doktor tgna

Anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh turut telah memuat naik satu status menerusi Facebook beliau lebih kurang jam 10 malam sebagai mengesahkan kematian ayahandanya itu…

anak tgna

Sejurus selepas berita itu disahkan, orang ramai mula bergerak ke Kota Bahru bagi menghadiri upacara pengebumian Allahyarham.

Tokoh-tokoh agama dan ahli politik yang lain turut berangkat ke Kelantan untuk menziarahi Allahyarham sebelum Allahyarham dikebumikan.

Nik Aziz

Nik Aziz

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke tanah perkuburan pada keesokan harinya, 13 Februari 2015 dari Masjid Tok Guru dan diusung oleh lima anaknya.

Pemergian Allahyarham diiringi dengan laungan takbir oleh ratusan ribu orang yang hadir di situ. Pemergian Allahyarham sangat dirasai dan ia adalah satu kehilangan yang besar di mata dunia.

pas4

Allahyarham dikebumikan pada jam 10.45 pagi bersebelahan kubur ayahnya, Nik Mat Raja Banjar di Tanah Perkuburan Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

tgna disemadikan



BIODATA RINGKAS ALLAHYARHAM TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
  • Dilahirkan pada hari Sabtu, 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu
  • Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan adik-beradik
  • Isteri: Tuan Sabariah binti Tuan Ishak,
  • Dikurniakan 10 cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Sebelum Menteri Besar Kelantan, Allahyarham merupakan seorang guru agama dan pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi.

Allahyarham menerima pendidikan awal dari bapanya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka.

Allahyarham memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi saksi kepada Perang Arab-Israel.

Beliau juga pernah belajar di:
  • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
  • Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
  • Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
  • Universiti Deoband, India – 1952
  • Universiti Lahore, Pakistan – 1957
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.


KRONOLOGI PEMERGIAN ALLAHYARHAM TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM, Kubang Kerian pada 20 Januari 2015 susulan menghidap penyakit kanser prostat tahap ke-4.

Walaupun keadaan Allahyarham dikatakan lemah, tetapi Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.

Selepas beberapa hari ditahan di wad, Allahyarham mula menunjukkan reaksi positif dan sudah mula berinteraksi bersama keluarga dan sahabat yang mengunjunginya di hospital tersebut.

Ahli keluarga Allahyarham memutuskan bahawa tiada perancangan untuk ayahnya menjalani rawatan kimoterapi atas faktor kesihatan yang semakin pulih.

Allahyarham menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 29 Januari 2015, namun kesihatannya kembali merosot.

Setelah hampir dua minggu bertarung dengan kanser yang dihadapinya, akhirnya Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun.

AL-FATIHAH…

Infografik: Awani
MYNEWSHUB.CC

Menantu Abdul Hadi Mualaf Cina – PAS


PAS Pusat pada Khamis mendedahkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya mempunyai seorang menantu yang berbangsa Cina.

Pendedahan tersebut bagi menyangkal dakwaan jahat oleh penyokong DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bahawa Abdul Hadi anti-Cina.

"Ramai pihak menuduh Tuan Guru Abdul Hadi anti-Cina, rasis dan sebagainya.

"Namun ramai tidak tahu Tuan Guru ada menantu berbangsa Cina iaitu Aisyah Lim isteri kepada Ustaz Yusuf Abdul Hadi," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan seperti disiarkan di laman Facebook PAS.

Jumaat, 12 Februari 2016

Maut ditembak, peniaga nasi kandar sudah ramal nasib yang bakal menimpa

Maut ditembak, peniaga nasi kandar sudah ramal nasib yang bakal menimpa
Syed Amen sebelum ini tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban pada 26 November lepas. - Foto Bernama
PENGUSAHA restoran nasi kandar yang maut ditembak awal pagi tadi, Syed Amen Jainul Abidin, 46, seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya.

Dalam satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya dengan nama pengedali 'Amin Beyond', Allahyarham yang merujuk satu kejadian tembakan, meramalkan perkara yang sama akan menimpanya satu hari nanti.

Status itu dimuat naik pada 4 Disember tahun lalu.

Status yang dimuat naik Syed Amen pada 4 Disember lalu.
Status yang dimuat naik Syed Amen pada 4 Disember lalu.
Melalui status berkenaan, Syed Amen turut meluahkan dia tidak takut dengan kemungkinan itu kerana ajal dan maut ditentukan Allah.

Khamis, 4 Februari 2016

Mukhriz berundur selepas tiga tahun

Mukhriz
Selepas tiga tahun, Kedah sekali lagi mendapat Menteri Besar baharu apabila Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md.Hanipah, 66, dilantik menduduki jawatan itu berkuat kuasa esok.

Pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 dilakukan selepas Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman pelantikan Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din di Wisma Darul Aman, di Alor Setar sejam selepas Mukhriz mengadakan sidang akhbar di ba­ngunan yang sama.

Siti Hasmah 'tenangkan' Mukhriz

Sebaik sahaja meninggalkan Wisma Darul Aman selepas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pulang ke rumah keluarganya di Titi Gajah, Kepala Batas dekat sini.

Puluhan kenderaan diletakkan di tepi jalan utama serta di kawasan rumah tersebut dengan ahli keluarga serta para penyokong tidak putus-putus mengunjunginya.

Beberapa khemah putih turut didirikan bagi menyambut kedatangan serta menjamu tetamu yang hadir.

Awalnya suasana kelihatan tenang dan ceria seolah-olah tiada apa yang berlaku, namun masing-masing mula sebak sewaktu ketibaan ibu Mukhriz, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dari Kuala Lumpur di rumah berkenaan pada pukul 11.50 pagi.

‘Qu Puteh’ gamatkan stadium

Slug Bola Senarai Pemain KOTA BAHARU, 3 Febuari  2016  --   Pasukan  

Laungan ‘Qu Puteh...Qu Puteh...Barulah Puteh’ yang bergema di Stadium Sultan Muhammad IV ketika majlis memperkenalkan pasukan Kelantan kelmarin membuatkan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman amat terharu dan bersemangat untuk membantu perjuangan skuad Kijang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.

Lebih 20,000 penonton membanjiri stadium untuk majlis memperkenalkan pemain, disusuli dengan perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur, yang berkesudahan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) tewas 0-2.

Malah, penyokong juga langsung tidak berganjak dari tempat duduk sepanjang perlawanan biarpun hujan lebat membasahi stadium, sebaliknya mereka menggamatkan suasana dengan laungan Qu Puteh...Qu Puteh...Barulah Puteh’.

Nor Raha lega dicerai Salih


Nor Raha Ahmad


KUALA LUMPUR 2 Feb. - Bekas isteri kedua Salih Yaakob me­ngakui hidupnya kini lebih bahagia setelah diceraikan pelawak tersebut September tahun lalu.

Nor Raha Hamad, 47, mendedahkan, dia sebenarnya sudah memohon untuk dilepaskan sejak Julai tahun lepas, tetapi Salih tidak mengendahkan permintaannya sehinggalah pada bulan September.

Jelasnya, punca penceraian mereka bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh Salih, 55, sebaliknya dia sudah lama memendam rasa akibat Salih tidak memberi perhatian kepadanya serta berlaku tidak adil sepanjang berkahwin.

Malah, soalnya, bagaimana isu pertemuan dengan rakan-rakan sekolah lama atau reunion mahupun wujudnya orang ketiga dijadikan punca sedangkan dia mengenali suami baharunya sejak kecil lagi dan tidak pernah bersekolah sama.