PENGUSAHA restoran nasi kandar yang maut
ditembak awal pagi tadi, Syed Amen Jainul Abidin, 46, seolah-olah sudah
dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya.
Dalam satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya dengan nama pengedali 'Amin Beyond', Allahyarham yang merujuk satu kejadian tembakan, meramalkan perkara yang sama akan menimpanya satu hari nanti.
Status itu dimuat naik pada 4 Disember tahun lalu.

Melalui status berkenaan, Syed Amen turut meluahkan dia tidak takut
dengan kemungkinan itu kerana ajal dan maut ditentukan Allah.
Gerak hati itu dirasakan Syed Amen memandangkan dia ada menerima ugutan akibat kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukannya.
Difahamkan, Syed Amen aktif sebagai seorang aktivis dan banyak membantu usaha mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.
Dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.
Tinjauan di akaun Facebook berkenaan mendapati log in terakhir Syed Amen adalah sekitar jam 2 pagi tadi.
Dia sebelum ini menggegarkan negara dengan kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lepas, yang didakwanya tidak jujur dalam menjalankan tugas sehingga mendatangkan kesukaran buatnya.
Syed Amen ditembak mati ketika berada dalam kereta Mercedes Benz miliknya di George Town, kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi.
Kes kini sedang disiasat polis.
Gerak hati itu dirasakan Syed Amen memandangkan dia ada menerima ugutan akibat kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukannya.
Difahamkan, Syed Amen aktif sebagai seorang aktivis dan banyak membantu usaha mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.
Dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.
Tinjauan di akaun Facebook berkenaan mendapati log in terakhir Syed Amen adalah sekitar jam 2 pagi tadi.
Dia sebelum ini menggegarkan negara dengan kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lepas, yang didakwanya tidak jujur dalam menjalankan tugas sehingga mendatangkan kesukaran buatnya.
Kes kini sedang disiasat polis.
Syed Amen pernah diugut kerana lantang bersuara - Isteri
GEORGE TOWN: Ahli
perniagaan Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut ditembak di Jalan
Datuk Keramat di sini awal pagi tadi pernah diugut beberapa kali kerana
lantang dalam mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.
Isteri mangsa Masita Abu Bakar, 46, berkata suaminya pernah memberitahunya mengenai perkara berkenaan dan berpesan agar mereka sekeluarga lebih berhati-hati.
"Arwah juga sering membantu rakan-rakannya yang dalam kesusahan dan biarpun ramai yang mengenalinya sebagai seorang yang cukup tegas tetapi hakikatnya hatinya mudah tersentuh jika melihat kesusahan orang lain," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini.
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, Syed Amen maut selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya selepas seorang lelaki melepaskan lima das tembakan ke arahnya.
Masita berkata mereka berkahwin sejak 10 tahun lepas dan masih belum dikurniakan cahaya mata kerana beliau mengalami keguguran beberapa kali termasuk yang terbaru pada minggu lepas.
"Saya sangat sedih dan memang sukar untuk menerima kenyataan ini, tapi saya reda dan pasrah kerana ini adalah ketentuan Allah.
"Saya harap pihak polis dapat menangkap orang yang menembak suami saya, secepat mungkin," katanya.
Syed Amen adalah antara aktivis yang aktif mempertahankan kampung dan gerai masyarakat Melayu yang diroboh pihak berkuasa tempatan.
Beliau pernah menerima Anugerah Ikon Bumiputera Pulau Pinang pada 2008.
Pada tahun 2014, kedai cuci kenderaan miliknya di Jalan Arraton di sini pernah dibakar pihak yang dipercayai tidak berpuas hati dengan arwah kerana sangat lantang mempertahankan nasib orang Melayu.
Sementara itu adik mangsa, Abdul Kader, 42, berkata beliau dihubungi rakannya yang memaklumkan abangnya telah ditembak namun beliau tidak mempercayai dan meminta kawannya itu melihat mayat berkenaan bagi mengesahkan ia adalah abangnya.
"Saya benar-benar terkejut selepas mendapat berita ini dan memang langsung tidak percaya yang abang saya akan meninggalkan kami dalam keadaan begitu.
"Emak kami yang ketika ini berada di India sangat sedih dan dijangka balik ke Pulau Pinang esok," katanya.
Beliau berkata Syed Amen merupakan anak kedua daripada lima adik beradik merupakan seorang yang suka menolong orang terutama rakan-rakan yang dalam kesusahan dan tidak mempedulikan ugutan yang dilakukan terhadapnya.
Jenazah Syed Amen dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Dua, Butterworth selepas solat Asar tadi.
Allahyarham seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya kerana menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya di bawah nama 'Amin Beyond', beliau merujuk satu kejadian tembakan dan meramalkan perkara sama akan menimpanya.
Status itu dimuat naik pada 4 Dis tahun lalu yang melaluinya Syed Amen
turut meluahkan beliau tidak takut dengan kemungkinan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan