Pengerusi Gerakan
Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru
yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) di Hotel Vistana,
Kuala Lumpur hari ini.
Pelancaran PAN itu memang dinanti-nantikan oleh segenap
rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui nama dan hala
tuju parti baru yang bakal ditubuhkan.
Parti baru yang ditubuhkan
itu bukan parti yang baru didaftarkan, sebaliknya ia adalah parti lama
yang ditukar nama dan perlembagaannya.
Parti yang diambilalih itu ialah
Parti Pekerja yang diberi nama Parti Amanah Negara (PAN).
Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan
penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh
Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.
Protem Parti Pekerja ini akan
mengumumkan perlembagaan dan nama parti pada 16 September 2015. Pihak
protem Parti Pekerja ini sedang giat menggubal perlembagaan parti baru
ini.
Ternyata parti baru ini memang signifikan lebih-lebih lagi
ianya mendapat sokongan padu dari DAP dan PKR serta NGO-NGO di Malaysia.
Ia terbukti apabila program GHB mendapat sokongan dari DAP,
PKR, NGO dan rakyat Malaysia pada program road show yang dianjurkan oleh
GHB.
Begitu juga dalam himpunan BERSIH 4.0 semalam GHB dilihat
mendapat sokongan padu dari demonstran yang terdiri dari pelbagai bangsa
dan agama.
Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN)
Penasihat Umum - Ustaz Ahmad Awang
Pengerusi: Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi: Salahuddin Ayub
Naib Pengerusi: Dato Dr Mujahid Yusof dan Hassanudin Mohd Yunos
Ketua Wanita: Dr. Mariah Mahmud
Ketua Pemuda: Mohd Sany Hamzan
Setiausaha: Mohd Anuar Tahir
Timbalan Setiausaha: Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari: Asmuni Awi
Setiausaha Orgniasasi: Suhaizan Kaiat
AJK
Dr. Mohd Hatta Ramli
Ir. Khalid Samad
Ir. Izham Jashim
Adly Zahari
Raj Munni Sabu@Aiman Athirah Al Jundi
Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Datuk Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungip
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Datuk Wan Abd Rahim Abdullah
Hasnul Baharuddin
Isnin, 31 Ogos 2015
Jumaat, 28 Ogos 2015
Terima kasih Pemuda - Muhyiddin
KENYATAAN MEDIA
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
26 OGOS 2015
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri.
Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.
Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state).
Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal.
Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.
Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera.
Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi.
Saya lakukan ini kerana saya sayangkan UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam UMNO sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita.
Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan.
Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.
Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada UMNO cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun.
Malah, ketika UMNO diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula UMNO di Johor sehingga UMNO kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya umum.
Saya juga tetap setia bersama parti ketika UMNO menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.
Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara.
Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Khamis, 27 Ogos 2015
Najib tubuh Jawatankuasa Khas Ekonomi tangani impak global ekonomi negara
Kenyataan akhbar Perdana Menteri;
Pada Khamis 20 Ogos 2015 yang lepas, saya telah membuat kenyataan bahawa asas-asas ekonomi Malaysia adalah kukuh, sistem kewangan yang berdaya tahan dan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan langkah-langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal.
Saya juga menekankan bahawa walaupun kerajaan Malaysia berpandangan bahawa tahap semasa Ringgit Malaysia tidak mencerminkan asas ekonomi semasa yang kukuh, kerajaan sentiasa peka terhadap integrasi ekonomi Malaysia dengan ekonomi global.
Kerajaan tetap komited kepada dasar mesra pasaran dan dalam mengekalkan integriti dan keterbukaan pasaran. Oleh itu, kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tidak akan melaksanakan tambatan Ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika Syarikat.
Ketidaktentuan kedudukan global masa ini memerlukan tindakan lebih responsif dan tegas. Dengan mengambil kira keadaan semasa, kerajaan berazam untuk menangani dan mengurangkan sebarang impak global kepada ekonomi sebenar negara.
Oleh yang demikian, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang akan melapor terus kepada YAB Perdana Menteri.
JKE akan mempertimbangkan perancangan serta merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi Malaysia. Ini termasuk isu-isu semasa seperti nilai Ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.
Keputusan untuk mewujudkan JKE adalah berdasarkan keperluan kerajaan utuk membangunkan dan melaksanakan strategi serta merta dan pelan tindakan untuk memastikan Malaysia terus dalam pertumbuhannya.
JKE akan terdiri daripada ahli ekonomi dan tokoh korporat untuk melengkapkan lagi kapasiti dan keupayaan yang sedia ada.
JKE akan bermesyuarat pada setiap minggu atau lebih kerap jika perlu untuk menimbang dan mencadangkan langkah-langkah segera.
Majlis Ekonomi yang sedia ada, yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri akan terus berfungsi.
Majlis Ekonomi memberi tumpuan kepada isu ekonomi yang menyeluruh. Majlis Ekonomi ini akan terus, antara lain; merumuskan strategi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik; mengenal pasti cara untuk mengawal inflasi dan merangka strategi bagi memastikan bekalan yang mencukupi; dan merangka jaringan keselamatan sosial yang komprehensif untuk melindungi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.
JKE ini dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi dan akan terdiri daripada individu seperti berikut;
1. Bekas Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,
2. Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar,
3. Ketua Penasihat kepada Suruhanjaya Peraturan Perbankan China, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao,
4. Pengerusi Eksekutif Symphony Life Berhad, Tan Sri Mohamed Azman Yahya,
5. Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak,
6. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RAM Holdings Berhad, Datuk Seri Dr. K. Govindan,
7. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali,
8. Pengerusi Persatuan Bank-Bank di Malaysia, Datuk Abdul Farid Alias,
9. Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, Datuk Seri Saw Choo Boon
JKE ini akan disertai bersama beberapa ahli ex-officio yang terdiri daripada pegawai tertinggi; Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Suruhanjaya Sekuriti, Pejabat Perdana Menteri dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (Ketua Sekretariat, Jawatankuasa Khas Ekonomi).
JKE akan diurusetiakan oleh Sekretariat di Unit Perancang Ekonomi yang mana Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk K. Yogeesvaran dilantik sebagai Ketua Sekretariat.
Pihak-pihak berkenaan akan dijemput dalam perbincangan untuk menangani isu-isu dasar, menyelesaikan urusan operasi atau membantu menyelesaikan masalah yang menghalang pertumbuhan ekonomi.

Khamis, 20 Ogos 2015
Ekonomi dan Ringgit Malaysia - Najib Razak
Kerajaan telah memantau dengan teliti perkembangan terkini pasaran
kewangan, termasuk pergerakan mata wang.
Jemaah Menteri dan Majlis Ekonomi membincangkan secara terperinci mengenai kedudukan ekonomi terkini di negara ini, terutamanya perkara berkaitan dengan Ringgit Malaysia.
Ini termasuk beberapa taklimat khas oleh Gabenor Bank Negara Malaysia kepada Majlis Ekonomi pada 17 Ogos 2015 dan Jemaah Menteri pada 19 Ogos 2015.
Semalam, saya telah mengadakan suatu sesi perbincangan dengan ahli ekonomi dan penganalisis dari beberapa institusi kewangan dari dalam dan luar negara.
Pada sesi ini, ahli-ahli ekonomi dan penganalisis turut mengemukakan penilaian mereka mengenai situasi ekonomi dan pasaran kewangan serta memberi maklum balas secara langsung kepada kerajaan.
Susulan daripada perbincangan Jemaah Menteri dan sesi-sesi tersebut, Kerajaan Malaysia mengambil ketetapan seperti berikut: -
1. Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, sepertimana dicerminkan dalam pertumbuhan KDNK sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2015 yang diumumkan minggu lepas. Struktur ekonomi terus kukuh, didokong oleh sektor Perkhidmatan dan Pembuatan yang menyumbang 76.6 peratus daripada KDNK, sungguhpun sektor-sektor perlombongan (termasuk minyak dan gas) dan pertanian berkurangan kepada 17.9 peratus daripada KDNK.
Struktur ekonomi yang kini dipelbagaikan telah mengurangkan pergantungan hasil Kerajaan ke atas minyak dan gas. Langkah kepelbagaian ekonomi ini, membolehkan hasil berkaitan minyak dikurangkan daripada 41 peratus pada tahun 2009 kepada bawah paras 30 peratus pada 2014. Dalam hal ini, kerajaan Malaysia akan meneruskan program transformasi ekonomi bagi mengukuhkan struktur dan kepelbagaian ekonomi.
Ekonomi Malaysia juga terus mencatat lebihan dagangan dan akaun semasa. Bagi separuh pertama 2015, Malaysia mencapai lebihan dagangan sebanyak RM41.7 bilion, manakala akaun semasa mencatat lebihan sebanyak RM17.6 bilion. Keadaan pasaran buruh di negara ini kekal stabil, dengan kadar pengangguran rendah 3.1 peratus pada Mei 2015. Kadar inflasi kekal pada paras yang rendah.
Daya tahan sistem kewangan kekal utuh. Pasaran kewangan domestik terus berfungsi dengan teratur, dan aktiviti pengantaraan kewangan terus berfungsi dengan cekap, memenuhi keperluan kewangan dan pembiayaan ekonomi dalam negara.
2. Memandangkan asas ekonomi yang kukuh dan persekitaran yang berbeza secara ketara berbanding semasa krisis kewangan Asia pada 1997-1998, Kerajaan Malaysia tidak akan memperkenalkan kawalan modal, atau tambatan Ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika Syarikat.
Adalah tanggungjawab Bank Negara Malaysia menguruskan dasar monetari negara. Sehubungan itu, Kerajaan tetap menyokong kebebasan Bank Negara Malaysia tersebut, di samping lain-lain tanggungjawab yang dimandatkan.
3. Kerajaan Malaysia juga komited dalam meneruskan langkah-langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal, termasuk meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST), dan pengurangan defisit fiskal secara berperingkat ke arah mencapai bajet seimbang menjelang 2020.
Integrasi Malaysia dengan pasaran kewangan antarabangsa semakin kukuh, disebabkan oleh perdagangan dan pasaran kewangan negara yang terbuka. Integrasi ini memberikan impak terhadap pasaran kewangan negara dan kadar pertukaran mata wang.
Maka, kadar pertukaran mata wang yang fleksibel adalah amat penting untuk menyerap impak penyelarasan global tersebut dan juga volatiliti pasaran.
Walaupun Kerajaan berpandangan bahawa tahap semasa Ringgit tidak mencerminkan asas ekonomi semasa yang kukuh, Kerajaan sentiasa peka terhadap integrasi ekonomi negara dengan ekonomi global.
Oleh itu, Kerajaan tetap komited terhadap dasar mesra pasaran (market friendly policy). Seterusnya, Kerajaan tetap komited dalam mengekalkan integriti dan keterbukaan pasaran, dan tidak akan mengenakan kawalan modal, dan tidak akan melaksanakan tambatan Ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika Syarikat.

Tiada 'pembersihan' dalam organisasi SB Bukit Aman
e
Sejak pagi Khamis memang macam-macam whatsapp diterima kononnya berlaku
'pembersihan' dalam pucuk pimpinan Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman.
Ini gara-gara laporan tidak bertanggungjawab sebuah portal berita terkenal mengenai perpindahan tugas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) I, Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri.
Petang Khamis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan media menafikan dakwaan kononnya proses penggantian pucuk pimpinan SB dibuat sebagai sebahagian daripada proses 'pembersihan'.
Menyifatkan ia fitnah, Khalid berkata sebaliknya menjelaskan penggantian membabitkan jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di bahagian terbabit sebelum ini adalah satu perkara biasa.
"Dakwaan bahawa Cawangan Khas sedang melalui proses 'pembersihan' bagi menggantikan pucuk pimpinan tertingginya dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah yang baharu adalah fitnah semata-mata.
"Datuk Seri Mohammad Fuzi Harun (sebelum ini Pengarah Pengurusan Bukit Aman) sendiri adalah bekas pegawai Cawangan Khas, amat berpengalaman dan dilantik menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat (bekas Pengarah Cawangan Khas) yang bersara selepas beberapa kali dilanjutkan tempoh kontrak perkhidmatannya," katanya.
Khalid mengulas beberapa laporan media sebelum ini berhubung pertukaran beberapa individu dalam Cawangan Khas dengan mengaitkan kononnya ia mempunyai campur tangan pihak tertentu.
Beliau menjelaskan, dakwaan beberapa media kononnya majlis serah tugas yang dibuat secara tertutup dengan kiasan ia atas sebab tertentu juga, dilihat satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
"Majlis sebegini bukanlah satu perkara yang luar daripada kebiasaan dan amalan dalam PDRM, lebih-lebih lagi bagi Cawangan Khas yang tidak pernah mencari publisiti," katanya.
Khalid turut menjelaskan bahawa Abdul Hamid tidak pernah diarah untuk bercuti, sebaliknya percutian beliau adalah atas permohonannya sendiri dengan tujuan untuk berehat.
Katanya, Abdul Hamid juga sedia maklum mengenai pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditawarkan selepas beliau menarik balik hasrat untuk bersara awal.
"Pertukaran Abdul Hamid sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS) (di JPM) adalah sebagai satu pengiktirafan atas kemampuan dan pengalaman beliau dalam menangani isu-isu keselamatan.
"Pertukarannya keluar dari PDRM bukanlah sesuatu 'out of the ordinary'.
Sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar; Tan Sri Zaman Khan; Datuk Seri Zulkifli Md Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi kerajaan bagi tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa," katanya.
Justeru, Khalid mahu media lebih berhati-hati dalam menyiarkan berita kerana laporan yang tidak tepat akan mengundang pelbagai bentuk implikasi dan boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Ahad, 16 Ogos 2015
Kenapa marah rakyat kata menteri, timbalan menteri hari ini bodoh?
Apabila saya meletakkan posting MB Selangor, Azmin Ali mendakwa tak tidur dua bulan memikirkan masalah negara dalam akaun facebook saya, maka ada seorang cikgu - orang kuat Umno peringkat cawangan yang bercita-cita nak naik ke peringkat bahagian - meninggalkan komen.
Komennya: "Tak ada pun org kata ko Azmin Ali ni bodoh dia tak tidur sampai dua bulan. Kalau ada menteri Umno tak tidur dua bulan beribu-ribu dah komen keluar dlm fb".
Saya nak jawab kepada pengomen ini begini saja: Rakyat dah tahu pembangkang ni dah lama bodoh, sebab itu apabila pembangkang keluarkan kenyataan yang pelik atau tidak logik dek akal, kita tidak lagi mengatakan mereka bodoh, sebab kita tahu mereka bodoh.
Sedangkan menteri-menteri Umno ni kita tahu cerdik-cerdik belaka. Kalau tak cerdik masakan mereka ini dilantik oleh Perdana Menteri untuk memegang jawatan menteri atau timbalan menteri.
Sebagai rakyat, segala gerak geri atau tingkah laku mereka, baik dari segi pertuturan atau perbuatan sentiasa diperhatikan rakyat.
Jadi, apabila menteri-menteri atau timbalan-timbalan menteri keluarkan kenyataan yang tidak masuk akal, serta merta rakyat akan kata mereka bodoh. Tak bodohkah seorang menteri kata, "hanya orang gila saja yang mempersoalkan penurunan nilai ringgit?
Tak bodohkah kalau seorang menteri kata, "Malaysia antara paling bersih dari rasuah? Sedangkan negara kita baru saja berperang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan isu kehilangan wang syarikat 1Malaysia Developmentt Berhad (1MDB) dan kemasukan RM2.6 bilion duit kononnya dari penderma negara timur tengah ke dalam akaun peribadi PM?
Tak bodohkan kalau seorang menteri memberi jawapan, "duit RM2.6 bilion yang masuk ke akaun PM itu adalah duit dari penderma penyokong BN?
Tak bodohkan kalau seorang menteri kata, "isu RM2.6 bilion sebagai kecil dan rakyat tak patut ambil tahu?
Tak bodohkah kalau seorang timbalan menteri kata, "tak ada duit sebanyak itu masuk
ke akaun PM?
Atau apakah perkataan yang sesuai untuk kita berikan kepada menteri dan timbalan menteri ini selain daripada perkataan bodoh?
Sebagai menteri dan timbalan menteri dan juga pemimpin Umno, mereka harus bijak berkata-kata, lebih lagi dalam keadaan sekarang yang menuntut mereka memberi jawapan yang betul kerana PM sudah mengambil sikap berdiam diri.
Jika mereka tidak tahu jawapan sebenar, adalah lebih baik mereka tidak menjawab, atau memberi jawapan ringkas "no komen", atau jawab "tunggu hasil siasatan".. atau sekurang-kurangnya berdiam diri dengan melemparkan senyuman kepada wartawan atau rakyat. tidak bolehkah?
Nasihat saya kepada menteri dan timbalan-timbalan menteri dalam kabinet DS Najib, cubalah berfikiran waras. Rakyat hari ini, termasuk budak umur lima tahun pun sudah pandai mengambil tahu hal politik negara.
Oleh itu, berperangai cerdiklah. Jangan anggap rakyat hari ini sama seperti rakyat zaman jakpar tonggek. Rakyat dulu pun tidak bodoh, cuma tidak ada sebab untuk mereka mengutuk pemimpin mereka masa itu kerana semuanya cerdik.
Ibarat kata, tahap pemikiran dan kecerdikan pemimpin Umno terdahulu dengan pemimpin Umno sekarang bagaikan langit dengan bumi.

Selasa, 11 Ogos 2015
Kenyataan Pemuda UMNO Pasir Gudang
1.
Pemuda amat kesal dan kecewa dengan eksplotasi memorandum yang dihantar
kepada YAB Presiden UMNO semasa lawatan beliau ke Pasir Gudang semalam
(9 Ogos 2015) bagi merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian
Pasir Gudang 2015.
2. Walaupun pada dasarnya penghantaran memorandum adalah sebahagian daripada prinsip dan asas kebebasan bersuara, namun Pemuda Pasir Gudang ingin tegaskan bahawa isi kandungan memorandum tersebut langsung tidak menggambarkan pendirian sebenar UMNO Bahagian Pasir Gudang secara keseluruhan.
3. Pendirian Pemuda Pasir Gudang adalah selari dengan pendirian YAB Ketua UMNO Bahagian yang UMNO hanya perlukan satu nakhoda untuk mengepalai bahtera perjuangan UMNO. Apa yang telah dibangkitkan oleh YAB Ketua Bahagian di hadapan YAB Presiden benar-benar mewakili suara akar umbi serta kegelisahan umum. Oleh itu, YAB Presiden diberi masa dan ruang untuk setiap permasalahan diselesaikan dalam tempoh terdekat. Pemuda juga berpandangan bahawa ada usaha untuk melaga-lagakan kedua-dua pemimpin yang selama ini kita tahu mempunyai hubungan yang sangat baik dan akrab.
4. Harus diingatkan bahawa UMNO merupakan parti yang mempunyai asas perjuangan yang jelas, ianya tidak bersandar kepada sebarang figura politik. Namun, menjadi adat bangsa Johor untuk menghormati kepimpinan sepertimana yang telah digariskan oleh YAB Ketua Bahagian dalam ucapan aluan beliau.
5. Kita sebenarnya mahu mencari kebenaran dan penyelesaian kepada polemik yang sedang melanda kepimpinan UMNO dan negara ketika ini. Ini demi untuk memastikan bahawa UMNO mampu mempertahankan kewibawaannya sebagai sebuah pemerintahan dan Kerajaan. Jadi, kita tidak sesekali akan memperjudikan UMNO sebagai sebuah institusi siasah dan mensia-siakan perjuangan murninya. Bukanlah ibarat membakar kelambu hanya kerna marahkan seekor nyamuk.
Sekian.
AZMAN JA'AFAR
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PASIR GUDANG
10hb Ogos 2015

Penjelasan Umno Pasir Gudang
UMNO Bahagian Pasir Gudang ingin membuat
penjelasan dan membetulkan kenyataan kononnya memorandum yang diserahkan
kepada YAB Dato Seri Najib, Presiden UMNO datang dari keseluruhan
Ketua Cawangan dalam bahagian PG.
Memang ada perbincangan isu-isu semasa antara lebih kurang 57 ketua-ketua cawangan bagi menyediakan satu memorandum untuk diserahkan kepada Presiden UMNO semasa persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 9 Ogos 2015.
Memandangkan ia bukan dari keseluruhan cawangan yg berjumlah 107, dan rumusannya juga tidak di perjelaskan secara terperinci dikalangan ketua2 Cawangan, maka UMNO Bahagian tidak benarkan memorandum itu diserahkan sebagai salah satu aturcara persidangan.
Walau bagaimanapun UMNO Bahagian sedar tidak dapat menahan memorandum tersebut dihulur seperti mana surat-surat dihulur di majlis yang dihadiri Presiden bersama org ramai.
Lagi pun pandangan UMNO Bahagian adalah sehaluan dengan UMNO Negeri iaitu menunggu sehingga selesai siasatan sebelum dapat d muktamadkan apa2 pendirian.
~ UMNO Bahagian Pasir Gudang~

Dikatakan dalam blog Ku Seman Ku Husin
Puad Zarkashi dan Salleh Keruak spin tulisan saya
Hari ini dalam Utusan Malaysia, dua orang kuat Perdana Menteri Najib Razak, Ketua Pengarah JASA, Puad Zarkashi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak telah "menjawab" tulisan saya dalam Mingguan Malaysia semalam mengenai derma RM2.6 bilion.
Bagaimanapun kedua-dua panglima ini sama sekali tidak menyentuh isu yang saya bangkitkan iaitu derma RM2.6 bilion itu bukan milik UMNO, hujah saya seluruh kepimpinan tertinggi termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak tahu tentang kewujudan derma itu.
Jadi, secara logiknya apabila orang penting UMNO tidak tahu mereka tidak layak mengaku derma yang banyak itu milik mereka melainkan mereka bersedia memikul biawak hidup. Sekarang UMNO memikul liabiliti Najib yang akibatnya boleh meruntuhkan keyakinan rakyat termasuk ahli UMNO kepada UMNO.
Yang ini tidak dijawab sebaliknya mereka spin tulisan saya seolah-olah saya menuduh derma itu sebagai rasuah. Maka mereka pun berkata, SPRM sudah mengesahkan derma itu bukan rasuah. Kenapa mereka menjawab suatu yang saya tidak mempersoalkan?
Kedua-dua panglima ini menjawab seolah-olah saya mempertikaikan status derma itu. Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca oleh pengampu-pengampu UMNO sahaja. Cuba cari dalam tulisan saya adakah ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah? Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi.
Puad juga mahu mengajar saya menulis. Dia berkata sepatutnya saya tanya adakah dana politik salah di sisi undang-undang. Apakah Najib mencuri duit 1MDB dan apakah salah akaun peribadi digunakan untuk menerima derma.
Untuk pengetahuan Fuad, saya sangat faham bahawa dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Sebab itu saya tidak membangkitkan isu dana politik. Saya juga tidak kata Najib mencuri duit 1MDB kerana belum terbukti dan tidak mungkin dapat dibuktikan. Saya juga tidak membangkitkan kesalahan menggunakan akaun peribadi untuk menerima derma kerana memang tidak salah.
Yang saya bangkitkan adalah derma itu kepunyaan Najib. Kalau dana politik UMNO, sudah tentu UMNO tahu sejak awal lagi. Sebenarnya jawapan kedua-dua panglima Najib ini membuatkan rakyat melihat pemimpin kanan UMNO dilihat terlalu dungu hingga tidak tahu apa yang ada dalam akaun parti. Derma disalurkan dalam akaun peribadi memang tidak salah, sebab itulah saya tidak membangkitkannya.
Mereka berdua juga tidak menjawab pertanyaan saya, kenapa sebaik sahaja selepas The Wall Street Journal mendedahkan ada transaksi RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, ada pemimpin UMNO berkata bahawa itu dana politik? Kenapa masing-masing diam termasuk Puad dan Salleh yang sekarang beriya-iya spin rakyat bahawa itu dana politik? Janganlah menyembunyikan suatu yang tidak cerdik dengan tindakan yang tidak cerdik.
Sepatutnya mereka menjawab soalan cepu emas anak Menteri Besar Johor dulu sebelum menjawab tulisan saya. Sebenarnya apabila membaca kenyataan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang cuba memperendahkan hujah saya, tiba-tiba saya hilang hormat kepada mereka.
Mereka cuba menonjolkan diri sebagai pembela Najib tetapi pada masa yang sama tidak mempunyai kecerdikan yang tinggi. Maka akhirnya Fuad dan Salleh hanya boleh diamakan dengan juak-juak UMNO yang telah disihirkan supaya menjadi tukang angguk. Sama ada mereka mahu menjadi pembela buta dan tuli, itu soal mereka tetapi jangan menggunakan kuasa untuk menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang betul.
Saya mencabar sama ada Salleh (Menteri RTM) atau Puad supaya mengatur debat dengan saya mengenai isu fundamental derma RM2.6 bilion yang saya anggap bukan kepunyaan UMNO ini. Kalau disiarkan secara langsung di RTM lagi bagus supaya mereka lebih kelihatan sebagai pembela Najib. Saya sanggup untuk berdebat satu lawan dua dengan Salleh dan Puad

Kongres memacu deruan kebangkitan rakyat
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong sepenuhnya penganjuran Kongres
Rakyat yang akan dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat pada 5
September 2015 di Kuala Lumpur nanti.
Melihat perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Malaysia pada hari ini, maka PAS wajar merajah deruan kebangkitan rakyat yang selaras dengan tuntutan Islam berdasarkan pendekatan yang lebih segar dan kontemporari.
DPPM menjangkakan hasil resolusi tersebut akan membentuk satu plan tindakan jangka panjang yang praktikal untuk dilaksanakan di segenap peringkat supaya perubahan yang akan dilakukan turut didokong oleh rakyat.
Kami turut berharap agar kongres tersebut akan memberikan kesan gandaan sehingga ke negeri Sarawak dan menetaskan sekurang-kurangnya satu kerusi PAS bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Di peringkat dalaman, DPPM juga ingin menegaskan agar seluruh ahli dan pimpinan agar sentiasa bersiap siaga dengan memperkemaskan jentera, meningkatkan kualiti dan menstabilkan momentum perjuangan.
Pasca muktamar yang lalu, PAS telah mengalami proses perubahan yang ketara. Kini, perencanaan politik akan berkembang secara berfasa. PAS bukan sebuah parti yang konservatif dan eksklusif malah ia sentiasa relevan dengan perubahan semasa.
Oleh yang demikian, DPPM menyeru seluruh pemuda PAS untuk memberikan komitmen yang terbaik samada daripada aspek idea-idea yang bernas, sumbangan dana dan kerahan tenaga. InsyaAllah, PAS akan menerajui deruan kebangkitan rakyat untuk memastikan Malaysia yang kita cintai ini sejahtera dan lebih berjaya.
IR. HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

Kepentingan LTAT, Affin Bank Bhd penyelamat 1MDB
1.Lembaga
Tabung Angkatan Tentera yang memiliki 34.33% dalam Affin holding bhd
yang merupa pemegang saham 100% didalam Affin bank telah diguna untuk
membeli tanah Tun Razak Exchange (TRX) seluas 0.5 hektar dengan harga
RM255 juta dari 1MDB.
2.Pegangan 20.69% saham Affin holding juga dimiliki olih Boustead holding berhad(BHB),manakala BHB dimiliki olih LTAT dengan pegangan saham sebanyak 56.84%.Ini bermakna LTAT memiliki kepentingan yang besar dalam Affin Bank.
3.LTAT yang merupakan caruman simpanan hari tua anggota ATM telah diguna untuk menyelamatkan skandal 1MDB yang berlarutan hingga sekarang dengan penyiasatan pihak SPRM,Bank Negara,Jabatan Audit Negara dan PAC.Ini merupakan penyalahgunaan kuasa keatas institusi amanah rakyat khususnya anggota ATM.
4.Persoalan yang berbangkit ialah kenapa harga yang dibeli olih Affin bank lebih mahal dari yang dibeli olih tabung haji.harga yang dibeli olih Affin bank ialah RM255 juta untuk keluasan 0.5 hektar sedangkan yang dibeli olih TH RM 188.5 juta untuk keluasan 0.61hektar.Kenapa Affin tidak membeli tanah TRX dari TH yang sememangnya TH telah mengumumkan untuk menjual tanah tersebut.Kenapa Affin tidak menggunakan dananya untuk menyelamat dan Menyelesaikan masaalah yang di hadapi TH daripada menyelesai skandal 1MDB yang membabitkan Perdana Menteri.
5.konflik kepentingan telah berlaku dengan penglibatan Tan seri Lodin Wok Kamarudin yang merupakan Timbalan pengurusi Affin holding yang juga Pengerusi 1MDB dan dia juga merupakan Ketua Exsekutif LTAT dan Pengarah Boustead Holding dalam membuat keputusan pembelian tanah tersebut.ini adalah penyalahgunaan kuasa yang akan mengikis dana awam dalam negara untuk menyelamat skandal 1MDB yang menyumbang kepada kekayaan Pimpinan negara.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"
Dato'Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena

Apa motif derma RM2.6 bilion kepada PM?
Dewan
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak YAB Perdana Menteri
untuk menjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat apakah motif derma ASD
700 juta (RM 2.6 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya
oleh penderma dari Timur Tengah tersebut?
DPPWP berpandangan isu ini perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum beliau bercadang untuk mengusulkan rang undang-undang berkaitan pembiayaan dana kepada parti politik khususnya untuk pilihanraya. Derma tersebut masih meragukan dan ia telah dipertikaikan sekali lagi oleh Tun Dr Mahathir kelmarin.
Sekiranya derma tersebut adalah untuk membiayai gerak kerja pilihanraya UMNO, maka Perdana Menteri sendiri gagal menunjukkan kaedah yang betul walaupun pihak PEMANDU di bawah Program Transformasi Kerajaan telah mencadangkan amalan terbaik mengenai political funding ini 6 tahun yang lalu.
PEMANDU sendiri telah mencadangkan praktis political funding di bawah makmal korupsi bagi meningkatkan transparensi dan akauntabilti. Antara cadangan tersebut ialah derma kepada parti politik mestilah dibuat atas nama dan akaun parti bukan individu serta akaun parti tersebut mestilah diaudit dan didedahkan untuk pengetahuan awam.
Maka, isu ini perlu dijelaskan bagi mengelakkan keraguan. Sekiranya ia didermakan untuk kegunaan peribadi Perdana Menteri, sudah pasti ia mempunyai motif yang lebih besar dan ia mudah terdedah kepada rasuah. Sebaliknya, jika ia bertujuan untuk operasi UMNO dalam pilihanraya, maka ia tidak selari dengan cadangan PEMANDU dan praktis terbaik dunia.

KSN dan KPPA perlu lepaskan jawatan
1. Saya mengalu-ngalukan
keputusan yang telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN)
memulangkan dua Pegawai SPRM kembali menjalankan tugas di SPRM seperti
sediakala. Pada saya, tidak sewajarnya mereka ditukar kerana tiada
kesalahan pun yang telah dilakukan mereka berdua. Apa yang mereka
lakukan ialah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.
2. Namun persoalan yang perlu diperjelaskan oleh KSN dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ialah mengapa selepas pertukaran Pegawai tersebut pada 7 Ogos 2015 dan setelah berlaku kekecohan seluruh negara atas isu ini baru dipanggil mereka untuk memberi penjelasan. Mengapa tidak dipanggil Pegawai tersebut selepas daripada beberapa insiden yang berlaku apabila SPRM diserang oleh PDRM yang menjadi punca kepada pertukaran secara bebal terhadap Pegawai tersebut.
3. KSN dan KPPA wajar memohon maaf secara terbuka melalui media kepada Pegawai tersebut kerana mereka dan keluarga serta keseluruhan kakitangan SPRM telah dimalukan sebegitu rupa, sekaligus mengalami penderaan mental dan emosi.
4. KSN dan KPPA telah gagal menjalankan tugas secara profesional untuk melindungi Pegawai yang beramanah dan berjiwa Malaysia seperti Dato'Bahari Mohammad Zin dan Dato'Rohaizad Yaakob. Saya menuntut kepada KSN dan KPPA jika mereka bermaruah sewajarnya mereka melepaskan jawatan yang disandang. Negara tidak memerlukan Pegawai seperti mereka yang hanya menjadi hang setia kepada PM Najib bukannya kepada rakyat dan negara.
"Selamatkan Rakyat dan Malaysia Tercinta"
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

Majlis Raja-Raja Melayu perlu bersidang tangani krisis kepercayaan terhadap Najib
1.
Krisis politik yang berlarutan dalam negara sekarang mengakibatkan
fokus kepada membangunkan negara dan rakyat telah tersasar daripada
kerangka matlamat pembanggunan negara.
2. Krisis ini telah menjadi krisis kepercayaan terhadap PM dan Kerajaan yang dilihat mahu melindungi jenayah politik dan ekonomi yang jelas merugikan rakyat dan negara. 1MDB, pengumpulan kekayaan keluarga Najib serta sikap pak turut (Hang Setia) anggota kabinet dan pimpinan tertinggi Umno Bn serta Pegawai Tinggi Kerajaan khususnya PDRM bakal meruntuhkan negara.
3. Demi menyelamat dan melindungi rakyat dan negara, Majlis Raja-Raja Melayu perlu untuk bersidang segera bagi mengambil langkah dan perjalanan demi melindungi Rakyat dan Malaysia tercinta. Keseluruhan Kabinet Kerajaan yang ada tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Maka, sebuah Kabinet Kerajaan Peralihan perlu dibentuk sebelum mendapat mandat baru daripada rakyat dalam tempoh yang segera.
4. Saya percaya dengan penglibatan kebawah Duli-Duli Tuanku semua akan dapat merungkai permasalahan krisis yang dihadapi seterusnya melindungi dan menyelamatkan rakyat dan negara daripada keadaan yang lebih buruk.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA".

PM Najib tolong jelaskan "Donation" atau "Payment"
1. Isu
pemindahan wang ke dalam akaun peribadi PM Najib yang berjumlah RM 2.67
bilion terus menarik perhatian semua pihak dalam atau luar negara.
Ulasan dan penjelasan pemimpin politik Umno Bn termasuk PM Najib makin mengelirukan dan menjadi bahan lawak jenaka di kalangan rakyat. Saya percaya jika ia dijadikan skrip atau bahan utama lawak untuk Pertandingan Maharaja Lawak sudah pasti akan dinobatkan sebagai lawak terbaik musim ini.
2. Apa yang diperlukan ialah penjelasan yang sejujurnya daripada PM Najib, apakah status sebenar wang yang dimasukan ke dalam akaun peribadi beliau. Sumbangan derma (donation) atau bayaran (payment) yang diterima beliau daripada pengirim? Mustahil beliau tidak mengetahui siapa pengirim dan apa tujuan kiriman wang tersebut ke dalam akaun beliau?
3. Berdasarkan pendedahan terbaru oleh Sarawak Report seperti borang pemindahan wang MT 103 yang disyaratkan untuk diisi oleh pengirim jelas menunjukan perkataan di bahagian "remittance information" ialah "Partial Payment" (separa bayaran) bagi borang yang pertama untuk kiriman pertama bertarikh 21 march 2013 dan bagi borang yang kedua di bahagian yang sama tercatit perkataan "Second Part For Final Payment" (bayaran akhir) untuk kiriman bertarikh 25 march 2013 ke akaun persendirian milik PM Najib di Aam Islamic Bank.
4. PM Najib perlu menjelaskan bayaran tersebut daripada siapa dan untuk kerja apa dan adakah bayaran tersebut dibayar atas apa-apa kerja dan perkhidmatan yang diberikan oleh Dato' Seri Najib? Apakah kepakaran yang ada pada Najib sehingga beliau boleh menghasilkan pendapatan yang begitu lumayan?
5. Apakah beliau memiliki kepakaran mengurut dan menyedia perkhidmatan mengurut untuk Putera Raja di Timur Tengah sehingga mendapat bayaran RM 2.67 bilion? Saya harap Najib dapat berkongsi idea dan pengalaman pekerjaan serta perkhidmatan yang beliau ada dengan rakyat Malaysia agar lebih ramai rakyat Malaysia mencapai tahap berpendapatan tinggi. Maka tercapailah hasrat untuk melihat Negara berpendapatan tinggi.
6. Rakyat Malaysia sedang menanti penjelasan PM Najib derma atau bayaran. Jika bayaran untuk untuk kerja dan perkhidmatan apa yang dilakukan Najib sehingga mendapat bayaran yang lumayan RM 2.67 bilion?

Ahad, 9 Ogos 2015
Duit tak turun, jentera tak gerak
"Mereka minta duit
daripada saya, tetapi kepada siapa saya patut minta duit? Saya perlu
mencari jalan secara sah mengikut undang-undang,” kata Najib
Derma kepada parti politik adalah prosedur normal di Malaysia dan ia sudah menjadi amalan Umno sejak dulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menjelaskan derma RM2.6 billion dari Timur Tengah itu adalah perkara biasa.
“Ini sudah menjadi amalan parti (Umno) sejak dulu.
“Malah, ketika mantan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir’s (Mohamad) di pejabat, timbalannya tidak mempersoalkan
beliau,” katanya ketika berucap pada pembukaan Mesyuarat Bahagian Umno
Pasir Gudang, hari ini.
Najib turut menekankan bahawa derma
politik adalah kaedah yang tidak menyalahi undang-undang bagi parti
politik mendapatkan dana.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) sudah pun mengenepikan isu ini sebagai derma politik,” katanya
sambil menegaskan dia sudah mencadangkan untuk berbuat secara telus
tetapi pembangkang enggan berbuat demikian.
Najib menjelaskan sebagai presiden parti, ia bukan tugas dan tanggungjawab mudah.
“Malah, pembangkang juga menerima dana daripada pihak lain tetapi tidak mendedahkannya.”
Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan,
menjelaskan derma yang diterima bagi tujuan politik iaitu Umno begitu
juga tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Sambil memetik contoh ramai ahli Umno
berjumpanya meminta dana bagi parti dan jentera, beliau berkata: “Datuk,
kita tak cukup dana. Duit tak turun, jentera tak gerak.”
“Mereka minta duit daripada saya, tetapi
kepada siapa saya patut minta duit? Saya perlu mencari jalan secara sah
mengikut undang-undang,” kata Najib.
Perdana Menteri berkata, itu alasan
mengapa SPRM membuat kesimpulan wang yang diterima bukan daripada
1Malaysia Development Bhd (1MDB) atau bagi tujuan peribadi.
Berhubung isu 1MDB, Najib mendedahkan
dana syarikat pelaburan milik kerajaan sehingga kini mendapat tawaran
daripada pihak berpotensi untuk membeli hartanah mereka seperti Edra
Global Energy, Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange bernilai sehingga
billion ringgit.
Kata Najib, 1MDB tidak mengalami kerugian sebaliknya ketika ini sedang menggandakan nilai aset mereka.
“Aset 1MDB sudah melebihi hutangnya dan hutang itu diharap dapat dikurangkan dalam tempoh lima bulan.”
Najib turut mengecam pengkritiknya yang melupakan apa yang baik telah dibuat oleh kerajaan hanya kerana 1MDB.
“Kita beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), program memperkasakan Bumiputera dan banyak lagi.
“Tetapi, hanya kerana media sosial menjadikan 1MDB isu hangat, semua orang memperkatakannya,” katanya.
Najib dan isteri akan fail permohonan batal pernyataan pembelaan Nga
Najib |
Peguam Nor Hazira Abu Haiyan memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes itu disebut hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor.
Nga Kor Ming |
Nor Hazira, yang mewakili perdana menteri dan isteri berkata, mahkamah turut menetapkan 11 Sept untuk pengurusan kes saman berkenaan.
Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Dennis Goh yang mewakili Nga.
Pada 11 Jun lepas, Najib, atas kapasiti peribadinya dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman itu terhadap Nga selepas mendakwa defendan memuat naik gambar Najib dan Rosmah berserta status dalam akaun Facebook atas nama Nga Kor Ming, pada 29 Mac lepas.
Pasangan itu mendakwa dalam status bergambar itu terpampang gambar mereka bersama dengan beberapa orang menteri kabinet Malaysia dan pegawai tertinggi Wisma Putra di dalam sebuah bilik hotel di China.
Mereka mendakwa Nga telah menerbitkan perkataan-perkataan fitnah dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik status menfitnah yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.
Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah menyalah guna kuasa dan mandat sebagai perdana menteri untuk kepentingan sendiri atau kepentingan isterinya dengan membenarkan Rosmah mencampuri urusan dan hal ehwal kerajaan.
Rosmah pula mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana mempengaruhi suaminya selaku perdana menteri dan telah menyalah guna kuasa selain mempunyai kepentingan dalam sistem pentadbiran negara.
Pasangan itu berkata walaupun defendan telah mengambil tindakan untuk membuang status bergambar itu, namun status bergambar itu masih tersebar dengan meluas di dua buah blog yang masih boleh diakses di seluruh dunia dan mempunyai ‘page view’ masing-masing seramai 25,360,055 dan 6,626,986 sehingga tarikh writ saman tersebut difailkan.
Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Turut dituntut satu perintah injunksi untuk menahan defendan atau pembantunya atau ejennya daripada menerbitkan semula perkataan-perkataan berunsur fitnah itu dan memohon supaya defendan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis yang diterbitkan di surat khabar dan majalah.
— BERNAMA
Selasa, 4 Ogos 2015
Lapor SPRM siasat sumbangan politik RM2.6 bilion
Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bahawa
sejumlah RM2.6 bilion wang yang dipindahkan ke akaun peribadi Dato’ Seri
Najib Tun Razak adalah derma politik mengundang lebih banyak persoalan
mengenai rasuah dan pecah amanah yang perlu disiasat.
Saya ingin mengingatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan rakyat Malaysia bahawa skop siasatan Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang dianggotai oleh SPRM, BNM, PDRM dan Peguam Negara adalah untuk menyiasat secara keseluruhan urusniaga 1MDB untuk memastikan tidak ada pecah amanah atau salah guna kuasa.
Ini meliputi semua tuduhan yang dibawa sebelum ini termasuklah tuduhan wang 1MDB dipindahkan ke akaun milik individu yang rapat dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti Jho Low; sehinggalah kegagalan 1MDB memenuhi komitmen kewangannya untuk membayar hutangnya yang telah mencecah RM42 bilion.
Urusniaga pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak hanyalah satu tugasan kecil yang kebetulan mendapat perhatian rakyat apabila Wall Street Journal mendedahkan adanya dana yang dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Oleh yang demikian, kenyataan SPRM semalam tidak sedikit pun menjawab soalan-soalan penting yang perlu disiasat oleh Pasukan Petugas Khas yang bertanggungjawab kepada rakyat untuk merungkai semua persoalan mengenai 1MDB.
Malah, kenyataan SPRM semalam mengundang lebih banyak persoalan mengenai sumbangan politik berjumlah RM2.6 bilion itu, terutamanya berhubung peruntukan-peruntukan khusus Akta SPRM 2009 seperti berikut:
• Seksyen 3 Akta SPRM menetapkan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah penjawat awam yang tidak dibenarkan menerima “suapan” dalam apa jua bentuk sekali pun. Takrifan “suapan” di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.
• Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan bahawa sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu telah melakukan satu rasuah.
• Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan bahawa seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.
Tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang boleh menerima penjelasan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak menerima derma sebanyak RM2.6 bilion dari seseorang untuk membiayai kempen PRU13 Barisan Nasional tanpa penderma itu mendapat sebarang balasan.
Oleh itu, derma yang disebut-sebut oleh pimpinan Umno sekarang ini boleh digolongkan sebagai suapan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM.
Oleh itu, pada hari ini telah mengarahkan pimpinan KEADILAN di seluruh negara di semua peringkat untuk membuat laporan kepada SPRM mendesak SPRM memulakan siasatan terhadap sumbangan politik itu mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009.
Satu pekeliling dengan laporan contoh telah dikeluarkan kepada pimpinan KEADILAN di seluruh negara bagi tujuan ini.
Saya menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turut sama membuat laporan SPRM untuk menyiasat mengenai sumbangan politik kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak ini sebagai luahan rasa marah rakyat kepada perkembangan politik mutakhir.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...