Selasa, 11 Ogos 2015

Majlis Raja-Raja Melayu perlu bersidang tangani krisis kepercayaan terhadap Najib

1. Krisis politik yang berlarutan dalam negara sekarang mengakibatkan fokus kepada membangunkan negara dan rakyat telah tersasar daripada kerangka matlamat pembanggunan negara.

2. Krisis ini telah menjadi krisis kepercayaan terhadap PM dan Kerajaan yang dilihat mahu melindungi jenayah politik dan ekonomi yang jelas merugikan rakyat dan negara. 1MDB, pengumpulan kekayaan keluarga Najib serta  sikap pak turut (Hang Setia) anggota kabinet dan pimpinan tertinggi Umno Bn serta Pegawai Tinggi Kerajaan khususnya PDRM bakal meruntuhkan negara.

3. Demi menyelamat dan melindungi rakyat dan negara, Majlis Raja-Raja Melayu perlu untuk bersidang segera bagi mengambil langkah dan perjalanan demi melindungi Rakyat dan Malaysia tercinta. Keseluruhan Kabinet Kerajaan yang ada tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Maka, sebuah Kabinet Kerajaan Peralihan perlu dibentuk sebelum mendapat mandat baru daripada rakyat dalam tempoh yang segera.

4. Saya percaya dengan penglibatan kebawah Duli-Duli Tuanku semua akan dapat merungkai permasalahan krisis yang dihadapi seterusnya melindungi dan menyelamatkan rakyat dan negara daripada keadaan yang lebih buruk.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA".

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran