Sejak pagi Khamis memang macam-macam whatsapp diterima kononnya berlaku
'pembersihan' dalam pucuk pimpinan Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman.
Ini gara-gara laporan tidak bertanggungjawab sebuah portal berita
terkenal mengenai perpindahan tugas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB)
I, Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri.
Petang Khamis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan media menafikan dakwaan kononnya
proses penggantian pucuk pimpinan SB dibuat sebagai sebahagian daripada
proses 'pembersihan'.
Menyifatkan ia fitnah, Khalid berkata sebaliknya menjelaskan
penggantian membabitkan jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di
bahagian terbabit sebelum ini adalah satu perkara biasa.
"Dakwaan bahawa Cawangan Khas sedang melalui proses 'pembersihan'
bagi menggantikan pucuk pimpinan tertingginya dengan Pengarah dan
Timbalan Pengarah yang baharu adalah fitnah semata-mata.
"Datuk Seri Mohammad Fuzi Harun (sebelum ini Pengarah Pengurusan
Bukit Aman) sendiri adalah bekas pegawai Cawangan Khas, amat
berpengalaman dan dilantik menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat (bekas
Pengarah Cawangan Khas) yang bersara selepas beberapa kali dilanjutkan
tempoh kontrak perkhidmatannya," katanya.
Khalid mengulas beberapa laporan media sebelum ini berhubung
pertukaran beberapa individu dalam Cawangan Khas dengan mengaitkan
kononnya ia mempunyai campur tangan pihak tertentu.
Beliau menjelaskan, dakwaan beberapa media kononnya majlis serah
tugas yang dibuat secara tertutup dengan kiasan ia atas sebab tertentu
juga, dilihat satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
"Majlis sebegini bukanlah satu perkara yang luar daripada
kebiasaan dan amalan dalam PDRM, lebih-lebih lagi bagi Cawangan Khas
yang tidak pernah mencari publisiti," katanya.
Khalid turut menjelaskan bahawa Abdul Hamid tidak pernah diarah
untuk bercuti, sebaliknya percutian beliau adalah atas permohonannya
sendiri dengan tujuan untuk berehat.
Katanya, Abdul Hamid juga sedia maklum mengenai pertukarannya ke
Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditawarkan selepas beliau menarik balik
hasrat untuk bersara awal.
"Pertukaran Abdul Hamid sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu
Keselamatan dan Transnasional (SIS) (di JPM) adalah sebagai satu
pengiktirafan atas kemampuan dan pengalaman beliau dalam menangani
isu-isu keselamatan.
"Pertukarannya keluar dari PDRM bukanlah sesuatu 'out of the ordinary'.
Sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar; Tan Sri Zaman Khan; Datuk Seri
Zulkifli Md Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi
kerajaan bagi tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa," katanya.
Justeru, Khalid mahu media lebih berhati-hati dalam menyiarkan
berita kerana laporan yang tidak tepat akan mengundang pelbagai bentuk
implikasi dan boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan