UMNO Bahagian Pasir Gudang ingin membuat
penjelasan dan membetulkan kenyataan kononnya memorandum yang diserahkan
kepada YAB Dato Seri Najib, Presiden UMNO datang dari keseluruhan
Ketua Cawangan dalam bahagian PG.
Memang ada perbincangan isu-isu semasa
antara lebih kurang 57 ketua-ketua cawangan bagi menyediakan satu
memorandum untuk diserahkan kepada Presiden UMNO semasa persidangan UMNO
Bahagian Pasir Gudang pada 9 Ogos 2015.
Memandangkan ia bukan dari
keseluruhan cawangan yg berjumlah 107, dan rumusannya juga tidak di
perjelaskan secara terperinci dikalangan ketua2 Cawangan, maka UMNO
Bahagian tidak benarkan memorandum itu diserahkan sebagai salah satu
aturcara persidangan.
Walau bagaimanapun UMNO Bahagian sedar tidak dapat
menahan memorandum tersebut dihulur seperti mana surat-surat dihulur di
majlis yang dihadiri Presiden bersama org ramai.
Lagi pun
pandangan UMNO Bahagian adalah sehaluan dengan UMNO Negeri iaitu
menunggu sehingga selesai siasatan sebelum dapat d muktamadkan apa2
pendirian.
~ UMNO Bahagian Pasir Gudang~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan