Selasa, 11 Ogos 2015

Kepentingan LTAT, Affin Bank Bhd penyelamat 1MDB

1.Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang memiliki 34.33% dalam Affin holding bhd yang merupa pemegang saham 100% didalam Affin bank telah diguna untuk membeli tanah Tun Razak Exchange (TRX) seluas 0.5 hektar dengan harga RM255 juta dari 1MDB.

2.Pegangan 20.69% saham Affin holding juga dimiliki olih Boustead holding berhad(BHB),manakala BHB dimiliki olih LTAT dengan pegangan saham sebanyak 56.84%.Ini bermakna LTAT memiliki kepentingan yang besar dalam Affin Bank.

3.LTAT yang merupakan caruman simpanan hari tua anggota ATM telah diguna untuk menyelamatkan skandal 1MDB yang berlarutan hingga sekarang dengan penyiasatan pihak SPRM,Bank Negara,Jabatan Audit Negara dan PAC.Ini merupakan penyalahgunaan kuasa keatas institusi amanah rakyat khususnya anggota ATM.

4.Persoalan yang berbangkit ialah kenapa harga yang dibeli olih Affin bank lebih mahal dari yang dibeli olih tabung haji.harga yang dibeli olih Affin bank ialah RM255 juta untuk keluasan 0.5 hektar sedangkan yang dibeli olih TH RM 188.5 juta untuk keluasan 0.61hektar.Kenapa Affin tidak membeli tanah TRX dari TH yang sememangnya TH telah  mengumumkan untuk menjual tanah tersebut.Kenapa Affin tidak menggunakan dananya untuk menyelamat dan Menyelesaikan masaalah yang di hadapi TH daripada menyelesai skandal 1MDB yang membabitkan Perdana Menteri.

5.konflik kepentingan telah berlaku dengan  penglibatan Tan seri Lodin Wok Kamarudin yang merupakan Timbalan pengurusi Affin holding yang juga Pengerusi 1MDB dan dia juga merupakan Ketua Exsekutif LTAT dan Pengarah Boustead Holding dalam membuat keputusan pembelian tanah tersebut.ini adalah penyalahgunaan kuasa yang akan mengikis dana awam dalam negara untuk menyelamat skandal 1MDB yang menyumbang kepada kekayaan Pimpinan negara.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

Dato'Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan: