Sabtu, 28 Mei 2016
Agong kena tahanan rumah: Tun M akan disoal polis
KUALA LUMPUR – Polis menunggu masa sesuai untuk mengambil keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas perdana menteri itu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dikenakan tahanan rumah.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan Dr Mahathir mengenai dakwaan itu yang dilaporkan beberapa portal berita sebelum ini.
“Dalam proses siasatan ini, sudah semestinya perlukan pengesahan lanjut daripada beliau (Tun Mahathir) sama ada perkara yang dilaporkan dalam blog itu betul atau tidak,” katanya.
Noor Rashid berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz bersempena sambutan Hari Polis Ke-209 di sini hari ini.
Isnin lepas, Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaannya itu, dan menyifatkan dakwaan bekas perdana menteri itu adalah palsu dan berniat jahat.
Menyentuh mengenai penjualan maklumat pangkalan data penduduk negara bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Mahathir, Noor Rashid berkata polis akan menyiasat individu yang dikaitkan dengan penjualan pangkalan data itu.
“Kalau benar dakwaan ini, pihak polis akan jalankan siasatan, dan tidak sepatutnya maklumat rahsia yang diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi ini disampaikan kepada umum, ” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Azharuddin Othman, 30, seorang pengatur cara komputer bebas bahawa dia telah menjual maklumat tersebut kepada seorang wanita yang dikenali hanya sebagai ‘Ratu Naga’ dengan bayaran RM5,000.
Lelaki tersebut bagaimanapun hanya menerima RM1,000 sahaja setelah menghantar maklumat itu kepada wanita terbabit, yang mendakwa memerlukan maklumat itu bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan bagi keperluan projek Deklarasi Mahathir. – BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan