Ahli
Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail yang dikejarkan ke Hospital
Kuala Lumpur (HKL) petang Jumaat kini dalam keadaan stabil selepas
menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam otak atau tumor otak.
Menurut anaknya Muhammad Arif, walaupun masih belum sedar namun
keadaan ayahnya lebih baik dan menunjukkan respons berbanding ketika
di awa ke HKL dari Hospital Jelebu pada waktu tengah hari.
“Syukur, Alhamdulillah. Doktor dan Pakar Neorologi, Datuk Dr. Safari selesai menjalankan pembedahan mengeluarkan
tumor sebentar tadi. Saya dan ahli keluarga mengucapkan terima kasih
kepada mereka semua,” katanya kepada BNBBC. Portal.
Katanya, pembedahan mengambil masa lebih tiga jam.
Muhammad Arif berkata, pada Isnin lalu ayahnya sudah mendapatkan
rawatan di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur selepas mendapati kesihatannya
terjejas.
Bagaimanapun, selepas mengenalpasti punca penyakitnya, Zainudin
dibenarkan pulang pada pagi Khamis bagi membolehkan beliau dan
keluarganya membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.
Menurut anaknya itu, keluarga Zainudin turut mengadakan majlis bacaan Yasin malam kelmarin.
Katanya, ayah beliau tidak sedarkan diri pagi tadi dan dikejarkan ke Hospital Jelebu sebelum dibawa ke HKL.
Pada ketika ini seluruh ahli keluarga Zainudin termasuk isterinya, Datin Ruziah Yaacob berada di hospital berkenaan.
Muhammad Arif turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar
Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan yang sejak awal lagi banyak
membantu termasuk mendapatkan pakar bagi tujuan pembedahan tersebut.
“Beliau melawat ayah saya di Tawakkal dan tadi turut berada di sini ketika ayah sedang dibedah.” katanya.
Turut melawat Zainudin di HKL sebentar tadi adalah Tan Sri Rais Yatim serta isteri Puan Sri Masnah Rais.
Zainudin pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Rais.
Muhammad Arif turut meminta orang ramai dan mereka yang mengenali ayahnya mendoakannya supaya cepat sembuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan