Ahad, 15 Mei 2016

DAP pecat ADUN Teluk Datuk salah guna dana...tinggal 14 ADUN di Selangor

 
DAP kini tinggal 14 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor selepas ADUN DAP kawasan Teluk Datuk, Loh Chee Hong telah dipecat daripada parti Sabtu.
 
Keputusan memecatnya dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin DAP setelah mendapati Chee Hong bersalah menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri kepada kawasan pilihan rayanya.
 
Dalam satu kenyataan, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, keputusan itu dibuat selepas Chee Hong menjawab dakwaan terhadapnya dalam satu pendengaran yang diadakan awal hari ini.
 
ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee HongKok Wai berkata jawatankuasa itu telah mengarahkan DAP Selangor menjalankan siasatan dalaman selepas ia menerima satu aduan bertulis pada Mac 2016 terhadap Chee Hong kerana didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan negeri.
 
“Siasatan dalaman oleh jawatankuasa DAP Selangor mendapati ada asas terhadap dakwaan itu, iaitu terdapat bukti salah laku di pihak Chee Hong.
 
“Berikutan pendengaran tatatertib hari ini, di mana Chee Hong telah diberi peluang untuk memberi penjelasan, jawatankuasa disiplin DAP telah membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti salah laku serius oleh Chee Hong dan telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan keahliannya dalam parti berkuatkuasa serta-merta,” kata Kok Wai.
 
DAP sebelum ini ada 15 ADUN di Selangor.
 
Sementara itu Chee Hong yang dihubungi wartawan enggan mengulas kerana dakwa setakat ini belum terima notis rasmi pemecatannya.
 
Katanya beliau hanya mengetahui hal itu menerusi para wartawan yang menghubunginya.
 
Menurut wakil rakyatitu beliau hanya akan ulas selepas terima notis rasmi dari ibupejabat parti.

Tiada ulasan: