Rabu, 24 April 2013

PRU-13: Karpal tolak Mat Taib sertai pembangkang

PULAU PINANG - DAP mempertikaikan tindakan Pas menerima kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ke dalam parti itu.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Muhammad tidak layak untuk menyertai Pas sekali gus duduk di dalam pembangkang kerana mereka yang mempunyai rekod buruk tidak seharusnya diterima sebagai ahli dalam mana-mana parti.

"Itu pandangan peribadi saya memandangkan Muhammad mempunyai rekod buruk sepanjang bersama Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Hanya mereka yang mempunyai rekod baik layak diterima untuk menyertai parti politik tidak kira pembangkang atau BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selasa, 23 April 2013

Pertindihan Kerusi: PKR Terengganu Tarik Diri Tanding Tiga Kerusi DUN

KUALA TERENGGANU: Parti Keadilan Rakyat Terengganu telah memutuskan untuk menarik diri bagi tiga calon mereka yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut ditandingi oleh PAS.

Setiausaha PKR Terengganu, Azan Ismail membuat pengumuman tersebut pada Isnin dan beliau menggesa semua penyokong PKR untuk mengundi calon PAS di kerusi DUN Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.

PKR bagaimanapun belum membuat pendirian mereka bagi pertindihan kerusi di Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh, Kota Damansara dan Panti.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, PAS membatalkan sidang media untuk mengumumkan mengenai pendirian mereka berhubung pertindihan kerusi berkenaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu dalam ‘tempoh beberapa hari’ lagi dan pengumuman mengenai akan dibuat kemudian.

Beliau berkata pertindihan kerusi yang berlaku merupakan kes terpencil dan ia tidak akan menjejaskan kerjasama PAS dengan parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Pakatan usir Muslim Rohingya

BANGKOK: Kerajaan Myanmar bersama sami Buddha melakukan penghapusan etnik Rohingya selepas 125,000 penduduk Islam terpaksa lari dari rumah di negeri Rakhine dan kubur mangsa bunuh beramai-ramai ditemui.

Dakwaan itu dibuat pertubuhan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) di sini semalam.
Penduduk Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai rakyat Myanmar berhadapan dengan jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan, penindasan, pengusiran dan dipaksa berpindah, lapor HRW yang berpejabat di New York.

Pertubuhan itu menuduh pihak berkuasa Myanmar, pemimpin komuniti dan sami menganjur dan menggalakkan rusuhan dengan sokongan pasukan keselamatan negeri menyerang perkampungan Rohingya di Rakhine, Oktober lalu.

Akibat Serangan Jantung Selepas Diserang Penyokong Parti

Sahabat. Al-Fatihah aku sedekahkan kepada mu. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh mu dan Allah melapangkan kubur mu dan menempatkan mu bersama barisan syuhada dan solihin. Amin.

KOTA BHARU: Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini lewat malam Isnin.

Insiden berkenaan berlaku ketika mangsa yang telah berkhidmat dengan RTM selama 25 tahun baru sahaja pulang daripada tugasan di Gua Musang, kata Penyelaras Jentera Pilihan Rya BN Kelantan, Datuk Hassan Harun pada Selasa.
 Difahamkan berlaku pertengkaran antara penyokong parti politik dengan mangsa yang akhirnya menyebabkan dia ditumbuk dihadapan rumahnya.

Selepas kejadian itu, beliau mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Isnin, 22 April 2013

Punca PAS Dipecat Dari Perikatan Barisan Nasional.

Perkara ini sudah lama ditunggu-tunggu. Sebelum ini ada cerita dari beberapa orang mengenai sebab sebenar Pas ditendang keluar dari BN, kerana Pas mengkhianati BN.

Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukannya, bukan kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.

Difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN, mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan partinya di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Tarik Diri: Nama Calon Tetap Dicetak Pada Kertas Undi, Setiap Undi Diterima Akan Dikira

PETALING JAYA: Calon yang ingin tarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini boleh berhenti berkempen.

Namun, nama mereka akan tetap dicetak dalam kertas undi pada hari pengundian dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, calon tidak lagi diberikan masa untuk tarik diri selepas tiga hari penamaan calon secara rasmi agar nama mereka tidak dicetak pada kertas undi.

Ini berikutan dengan pemansuhan ‘tempoh bertenang’ beberapa tahun lalu, selepas Parlimen meluluskannya bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius untuk bertanding ketika mereka memfailkan kertas pencalonan.

"Oleh itu, kami mengambil berat kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa beberapa ahli partinya menarik diri daripada bertanding berikutan masalah dalaman parti.

"Mengikut undang-undang, senarai nama calon yang telah diterima pada hari penaamaan calon akan kekal dicetak pada kertas undi dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira," kata Wan Ahmad ketika dihubungi pada Isnin.

Hadi Dakwa Calon PKR Dikalangan Pengikut Marxisme, Pengedar Dadah

MARANG: PAS tetap meletakkan calonnya di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang', kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'

"PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.

Umno Pecat 58 Ahli, Termasuk Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim

PETALING JAYA - Umno telah memecat 58 ahlinya atas kesalahan bertanding sebagai calon Bebas, termasuk Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Lembaga Disiplin parti telah mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepada ahlinya kerana menyokong ahli yang bertanding sebagai calon Bebas dan tidak menghantar borang pencalonan.

Keputusan berkenaan dibuat pada pagi Isnin oleh Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Ahad, 21 April 2013

Che Johan mungkin dipecat - Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, yang tidak menyerahkan borang penamaan calonnya bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan berdepan tindakan tegas termasuk dipecat keanggotaannya sekiranya tindakan itu dilakukan dengan sengaja.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti gabungan itu akan menjalankan siasatan terhadap tindakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu.
    
"Umno tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan parti termasuk tindakan sebotaj atau bertentangan dengan Perlembagaan Umno khususnya bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU13," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Analisis PRU-13: Selatan Kedah penting untuk BN

SEBELUM Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), kawasan di selatan Kedah yang merangkumi Parlimen Merbok, Sungai Petani, Baling, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Namun, atas sebab-sebab tertentu, kerusi Parlimen terbabit beralih ke tangan pembangkang. Begitu juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Daripada 12 yang dipertandingkan, BN hanya mampu menang di Bayu, sementara selebihnya disapu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Dalam PRU-13 ini pula, 'suhu politik' selatan Kedah tetap panas.

PRU-13 paling sengit

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,324 kertas penamaan bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sepanjang tempoh penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi semalam.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, semua kerusi bagi Parlimen dan DUN menyaksikan pertandingan antara parti-parti yang mengambil bahagian dalam PRU-13.

"Tiada calon menang tanpa bertanding dan tiada calon menarik diri hingga tempoh akhir penamaan, pukul 10 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Fakta menarik calon PRU-13

PKR, PAS BERLAWAN SESAMA SENDIRI
Dua parti dalam pakatan pembangkang akan berentap sesama sendiri di tujuh kawasan iaitu di Parlimen Labuan, DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang), Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor) dan tiga DUN di Terengganu iaitu Kota Putera, Bukit Besi, Seberang Takir

DUN SUNGAI ACHEH
Menyaksikan kejutan apabila berlaku pertembungan tiga penjuru calon PKR, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) ditentang Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd. Yusni Mat Piah. Calon BN diwakili Datuk Mahmud Zakaria.

PARLIMEN LABUAN
Calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin ditentang calon Pas, Hadnan Mohamad. BN meletakkan calon muka baharu, Rozman Isli.

Lebih Ramai Calon Wanita Pada PRU-13

KUALA LUMPUR: Seramai 168 calon wanita akan bertanding merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan hampir 40 peratus berbanding 120 calon untuk kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN pada pilihan raya umum 2008.

Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan pada Sabtu, pertandingan merebut kerusi Parlimen membabitkan 56 calon manakala 112 calon bagi kerusi DUN.

BN meletakkan calon wanita paling ramai iaitu 22 orang bagi kerusi Parlimen dan 49 orang di DUN.

SPR Sahkan Ada Pertandingan di Semua Kerusi Parlimen, DUN

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan ada pertandingan di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pengundian 5 Mei ini.

Selepas hari penamaan calon ditutup pada Sabtu, seramai 579 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen.

Mereka terdiri daripada 221 calon daripada Barisan Nasional (BN), PKR (99), PAS (73), DAP (51), Bebas (79), STAR (28), Berjasa (9), SAPP (8), SWP (6), Kita (2), PCM (2) dan Bersama (1).
Bagi kerusi DUN, SPR mengesahkan 1,320 calon layak bertanding.

Dengan calon BN seramai 505, PAS (236), PKR (172), DAP (102), Independents (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3) dan PSM (2).

Sabtu, 20 April 2013

Kejutan Pada Hari Penamaan Calon

PETALING JAYA: Proses penamaan calon sudah pun berakhir, bagaimanapun beberapa kejutan di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kejutan pertama ialah apabila dua ahli DAP, dipecat daripada parti kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Di Cheras, penyandang kerusi DUN Teratai Jenice Lee dipecat oleh Lembaga Disiplin DAP kerana bertanding sebagai calon Bebas dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

Perkara yang sama berlaku di Melaka, penyandang kerusi Kota Laksamana Sim Tong Him yang bertanding menggunakan simbol DAP telah dipecat kerana mengisytiharkan dirinya calon Bebas bagi kerusi yang disandangnya.

Sumber memaklumkan Sim akan kekal sebagai calon DAP bagi kawasan Parlimen Kota Melaka walaupun telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerana beliau mendakwa belum menerima surat rasmi daripada parti memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Umno turut memecat bekas Timbalan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar kerana bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Tasek Gelugor di Pulau Pinang.

Difahamkan Mohd Shariff bertanding sebagai calon Bebas yang menyokong Pakatan Rakyat di Tasek Gelugor dan kerusi DUN Sungai Dua.

Che Johan Che Pa
Satu lagi kejutan berlaku apabila calon BN bagi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonannya di Kelantan, sekaligus membuka sainfan satu lawan satu antara Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dengan anak Nik Aziz, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata siasatan terperinci akan dijalankan mengenai sebab mengapa Che Johan gagal menyerahkan borang pencalonannya serta strategi mereka yang seterusnya bagi kerusi berkenaan.

Bukan itu sahaja, kejutan turut berlaku di beberapa kerusi apabila pemimpin kanan parti turut menjadi calon Bebas.

Di Ipoh, kerusi Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan saingan tiga penjuru dengn Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menjadi calon Bebas. Sejak itulah beliau mengumumkan keluar parti sekaligus melepaskan semua jawatannya dalam Umno.

Beliau akan menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan calon PAS, Dr Khalil Idham Lim Abdullah.

Di Kuala Lumpur, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR akan menghadapi saingan empat penjuru di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Beliau akan berhadapan dengan Tan Kok Eng (BN), serta dua calon Bebas, Mohd Sukeri Abdul Mamat and Mokhtar Salahudin.

Di Pandan, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Ong Tee Kat, Allan Tan Yew akan bertanding sebagai calon Bebas menentang calon MCA, Garry Lim dan PKR yang diwakili oleh Rafizi Ramli.

Bukan itu sahaja, saingan lima penjuru turut berlaku di Parlimen Batu. Penyandang kerusi, Tian Chua daripada PKR akan berhadapan dengan calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai, dua calon Bebas iaitu, Atan Jasin, Nazariah Abbas serta Datuk Hashim Karim daripada Berjasa.

Di Machang Bubuk kerusi DUN di Bukit Mertajam bakal menyaksikan saingan epik enam penjuru di antara Tan Kok Leah (Gerakan), Lee Khai Loo (PKR), ‘Datuk’ Dr Vicky Vikneswaran (Kita) dan tiga calon Bebas, Datuk Tan Hock Leong, Wan Balkis Wan Abdullah dan Ooi Suan Hoe.

Sementara itu saingan antara PKR dan PAS turut berlaku di beberapa kerusi.

PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard di DUN Sungai Acheh sementara PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS negerim Mohd Yusni Mat Piah.

PAS mendakwa kerusi berkenaan kepunyaan PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU 2008.
Chegu Bard akan menentang Mohd Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi, Datuk Mahmud Zakaria daripada BN.

Labuan turut menyaksikan saingan tiga penjuru, dengan PKR meletakkan Tan Sri Ibrahim Menudin yang akan berhadapan dengan rakan sekutu mereka daripada PAS yang meletakkan, Hadnan Mohamad sementara Umno meletakkan calon muka baru, Rosman Isli.

Tak tidur jaga keamanan negara hadapi pengganas Kiram

JOHOR BAHRU - "Kami semua tak tidur, berjaga hingga ke siang semata-mata untuk mempertahankan tanah air daripada diceroboh oleh kumpulan pengganas Kiram."

Demikian cerita seorang pegawai tentera, Mejar Faris Wajudi Ismail, 31, dari Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing apabila ditanya pengalaman yang dilaluinya sepanjang bertugas di Lahad Datu, Sabah.

Biarpun menyedari risiko dan bahaya yang ditempuhi sepanjang menyertai Ops Daulat selama kira-kira dua bulan, anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan itu tidak sesekali gentar untuk kembali ke Lahad Datu sekiranya ditugaskan lagi ke sana.

Pengganas Kiram cuba masuk lagi

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan cubaan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) membantu kumpulan pengganas Kiram menyusup masuk ke perairan pantai timur Sabah untuk mengganggu kelancaran proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut sumber, rancangan jahat tersebut bagaimanapun berjaya dihidu oleh pasukan keselamatan.

Sumber berkata, bagi menghalang insiden itu berlaku, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah diarahkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di Sabah terutama menjelang hari penamaan calon dan pengundian.

Gambar klon Anwar didedahkan

Inikah lelaki yang memiliki wajah mirip Anwar?
KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai perancangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan lelaki yang memiliki wajah mirip beliau semata-mata untuk membersihkan namanya selepas dikaitkan dengan beberapa isu video seks hampir menemukan jawapan.

Hari ini, Utusan Malaysia telah menerima kiriman e-mel daripada sumber yang mengandungi gambar yang didakwa klon kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

PRU-13: BN tidak bertanding di Pasir Mas, satu lawan satu Bebas-Pas

PASIR MAS - Wakil yang dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon biarpun hadir pada proses penamaan calon di sini pagi ini.

Ekoran daripada itu, kerusi Parlimen itu bakal menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sehingga kini belum ada sebarang alasan diberikan kerana kesemua wakil parti masih berada dalam penamaan calon.

PRU-13: Kejutan Kamilia tanding Bebas di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR - Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau yang pada mulanya disangka tiba untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), dilihat memasuki pusat penamaan calon Parlimen Kuala Kangsar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kamilia akan menentang calon (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr. Khalil Idham Lim daripada Pas.


Kamilia dipecat secara automatik kerana jadi calon Bebas

PAGOH - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada UMNO.

"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan perlembagaan dan peraturan UMNO, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.

"Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti.

"Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan,” katanya.

Kamilia akan menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr. Khalil Idham Lim daripada Pas. - Bernama


PRU-13: Tindakan Kamilia satu pengkhianatan kepada parti - Rafidah

KUALA KANGSAR - Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz kecewa dengan tindakan Naib Ketua pergerakan tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar yang disifatkannya satu pengkhianatan kepada parti.

Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lebih 30 tahun berkata, tindakan Kamilia itu amat mengecewakan ahli Wanita UMNO khususnya di Kuala Kangsar.

"Ini sangat mendukacitakan, beliau tidak setia dan tidak patuh kepada keputusan parti. Beliau tahu apa tindakan parti selepas ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai rombongan penyokong BN di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah di sini hari ini.


PRU-13: Tindakan Kamilia tidak jejas peluang BN di Parlimen Kuala Kangsar

LUMUT  - Tindakan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar tidak akan menggugat peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi tersebut, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

"Saya kecewa beliau (Kamilia) buat keputusan tersebut selepas tidak dapat menerima keputusan parti yang menawarkan DUN Bukit Chandan. Sedangkan Datuk M. Kayveas sendiri sanggup galas amanah bertanding di DUN Pasir Bedarmar biarpun Presiden PPP," katanya.

Jumaat, 19 April 2013

Al-Fatihah Kepada Allahyarham Aishah Ghani

Pejuang tulen Melayu/Islam, Allahyarham Aishah Ghani
KUALA LUMPUR: "Politik itu candu mak," kata veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani semasa hayatnya, yang melambangkan kesetiaan dan komitmennya dalam arena politik negara.

Perkara ini didedahkan oleh anak sulungnya, Shairudin Abd Aziz, 65, ketika ditemui pemberita di kediaman Allahyarham di Jalan Bukit Ledang di sini hari ini.

Aishah Ghani, 90, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.50 tengah hari tadi, kerana sakit tua dan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara di sini.

Ceroboh Sabah: Datu Amirbahar Didakwa Lancar Perang Terhadap Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Adik kepada Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram pada Jumaat didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah, atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Datu Amirbahar, bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Polis Terengganu Terima Laporan Berhubung Video Seks Mirip Pemimpin Pembangkang

DUNGUN: Polis Terengganu mengesahkan menerima satu laporan berhubung penyebaran video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin kanan parti pembangkang baru-baru ini.

Laporan berkenaan dibuat pada 11.20 pagi Jumaat oleh seorang penduduk kampung berusia 46 tahun dari Paka di Balai Polis Dungun yang meminta polis mengambil tindakan dan menjalankan siasatan.

Keputusan Penamaan Calon Dijangka Diketahui 12 Tengah Hari, Sabtu

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penamaan calon termasuk sama ada terdapat pertandingan atau tidak bagi mana-mana kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat diketahui menjelang 12 tengah hari, Sabtu.

SPR yang akan mengadakan sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat SPR di sini akan turut mengeluarkan statistik termasuk jumlah calon dan parti yang bertanding, calon bebas, jumlah calon wanita dan lelaki, calon termuda dan calon tertua.

Kamilia Tolak Tawaran Bertanding DUN Bukit Chandan - PM

Datuk Kamilia Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.

Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya.

Khamis, 18 April 2013

Pertandingan di Kedah



P4 LANGKAWI - Datuk Nawawi Ahmad vs Ahmad Abdullah (PKR)
N1. AYER HANGAT - Mohd. Rawi Abdul Hamid vs Zubir Ahmad (PAS)
N2. KUAH - Nor Saidi Nayan (baharu) vs Datuk Ahmad Kassim (PKR)

P5 JERLUN - Datuk Othman Aziz vs Dr Ismail Salleh (PAS)
N3 KOTA SIPUTEH - Datuk Abu Hassan Sharif vs Ismail Wan Teh (PAS)
N4 AYER HITAM - Datuk Mukhriz Tun Mahathir vs Abdul Ghani Ahmad (PAS)

P7 PADANG TERAP - Datuk Seri Mahdzir Khalid vs Mohd Nasir Zakaria (PAS)
N7 KUALA NERANG - Badrol Hisham Hashim (baharu) vs Syed Ibrahim Syed Omar (PAS)
N8 PEDU - Kama Noriah Ibrahim (Baharu) vs Ir Zamri Jusoh (PKR)

Pertandingan di Kelantan



P.19 TUMPAT - Mansor Salleh (BN) vs Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS)
N.1 Pengkalan Kubor - Noor Zahidi Omar (BN) vs Samaron Ibrahim (PKR)
N.2 Kelaboran - Wan Hanapi Wan Yaacob (BN) vs Mohd Zaki Ibrahim (PAS)
N.3 Pasir Pekan - Nik Noriza Nik Salleh (BN) vs Datuk Ahmad Yaakob (PAS)
N. 4 Wakaf Bharu - Mohd. Rosdi Ab. Aziz (BN) vs Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS)

P.20 PENGKALAN CHEPA - Dali Husin (BN) vs Dr Ezani Hussin (PAS)
N.5 Kijang - Zaluzi Sulaiman (BN) vs Wan Ubaidah Omar (PAS)
N.6 Chempaka - Wan Razman Wan Abd Razak (BN) vs Datuk Nik Aziz Nik Mat (Bapok PAS)
N.7 Panchor - Che Rosli Hassan (BN) vs Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (PAS)

P.21 KOTA BHARU - Mohamad Fatmi Che Salleh (BN) vs Datuk Takiyuddin Hassan (PAS)
N.8 Tanjong Mas - Kanidy Omar (BN) vs Rohani Ibrahim (PAS)
N.9 Kota Lama - Tan Ken Ten (BN) vs Datuk Anuar Tan Abdullah (PAS)
N.10 Bunut Payong - Mohd. Fakhrurazi Abdul Rahim (BN) vs Dr Ramli Mamat (PAS)

P.22 PASIR MAS - Che Johan Che Pa (BN) vs Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS) vs Datuk Ibrahim Ali (BEBAS)
N.11 Tendong - Hanafi Mamat (BN) vs Rozi Muhammad (PAS)
N.12 Pengkalan Pasir - Tuan Anuwa Tuan Mat (BN) vs Hanifa Ahmad (PAS)
N.13 Chetok - Aimi Jusoh (BN) vs Abd Halim Abd Rahman (PAS)

Rabu, 17 April 2013

'Saya tak campur urusan kerja PM'

SHAH ALAM - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pembangkang yang mendakwa beliau mencampuri urusan pentadbiran suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, walaupun menjadi tulang belakang dan penyokong kuat kepada pemimpin nombor satu negara itu, beliau sesekali tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kedudukan itu.

"Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya... ada yang kata saya mengongkong suami. Kali ini, memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan berlangsung, ada yang tuduh saya menentukan nama calon. Ini memang tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Warga Industri Hospitaliti, Kulinari dan Demonstrasi Masakan, anjuran Wanita UMNO Parlimen Kota Raja, di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini, semalam.

Parlimen Pasir Mas tiga penjuru

Ibrahim disambut oleh penyokongnya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa
KOTA BHARU - Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) itu berkata, keputusan itu dibuat kerana rakyat mahu beliau mempertahankan kerusi Pasir Mas.

"Saya juga perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan agenda perjuangan Melayu dan Islam.

4 menteri, 4 timbalan menteri gugur

KUALA LUMPUR - Empat menteri serta empat timbalan menteri sah tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selepas Barisan Nasional (BN) negeri menamakan calon mereka semalam.

Tiga menteri yang digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pula membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.

Timbalan Menteri yang digugurkan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Jelaing Mersat; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu.

Selasa, 16 April 2013

Senarai Penuh Calon BN 14 Negeri



PARLIMEN DAN DUN BARISAN NASIONAL

PERLIS

P.001 PADANG BESAR - Zahidi Zainol Abidin
N.1 Titi Tinggi - Khor Hock Kong
N.2 Beseri - Mohd Rawi Kassim
N.3 Chuping - Azmaiza Ahmad
N.4 Mata Ayer - (belum diumumkan)
N.5 santan - Sabry Ahmad

P.002 KANGAR - Shaharuddin Ismail
N.6 Bintong - Rela Ahmad
N.7 Sena - Abdul Jamil Samad
N.8 Indera Kayangan - Dr. Por Choo Chor
N.9 Kuala Perlis - Mat Hassan
N.10 Kayang - Ahmad Bakri Ali

P.003 ARAU - Datuk Seri Shahidan Kassim
N.11 Pauh - Azlan Mat
N.12 Tambun Tulang - Ismail Kassim
N.13 Guar Sanji - Jafperi Othman
N.14 Simpang Empat - Nurhisham Yaakob
N.15 Sanglang - Fathul Bari Mat Jahaya

Ibrahim Ali Pasrah Tak Jadi Calon BN, Tetap Pertahan Kerusi Parlimen Pasir Mas

Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas
KOTA BARU: Datuk Ibrahim Ali pasrah apabila tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) seperti yang dihajatinya tetapi nekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya dengan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ibrahim berkata, beliau sememangnya berharap agar dipilih menjadi calon BN untuk bertanding di Parlimen itu.

"Tetapi saya tidak disenaraikan, maknanya saya tidak diberi peluang. Walaupun saya akan bertanding di Parlimen Pasir Mas, bukan bererti saya menentang BN.

Isnin, 15 April 2013

Dr Juanda Bertanding Di Kangar Atas Tiket PKR

KANGAR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata dengan pencalonan Dr Juanda, parti amat yakin PKR akan menang di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

"Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dr Juanda yang berasal dari Sarawak sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN) yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada pilihan raya umum 2008.

33% Calon Parlimen, 49% DUN Muka Baru - Najib

 KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menampilkan 33% muka baru di kerusi Parlimen manakala 49% di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata calon yang tersenarai adalah mereka yang dapat memenuhi akujanji yang terdapat dalam manifesto BN.

"Senarai calon BN ini pada hemat saya adalah barisan terbaik yang mampu kita sediakan untuk memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

Zaid Bakal Bertanding di Kota Baru?

KOTA BARU: Ahli politik veteran Datuk Zaid Ibrahim mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru jika PAS memberikannya peluang.

Difahamkan nama Zaid dibangkitkan kerana beliau amat disenangi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerusi tersebut sebelum ini dipegang oleh veteran PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang terlebih dahulu mengumumkan persaraannya.

Senarai Calon BN Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR: Semua mata kini tertumpu kepada senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan diumumkan serentak di 14 negeri pada Selasa di mana perhatian lebih diberikan kepada calon di Selangor, Kedah, Johor dan Melaka.

Bagi Selangor dan Kedah yang cuba dirampas kembali BN selepas tewas kepada Pakatan Rakyat pada 2008, senarai itu akan mengenal pasti calon Menteri Besar negeri tersebut sekiranya BN menang.

"Selangor akan menyaksikan perubahan besar. Pada perkiraan terakhir, bilangan calon baru adalah kira-kira 70 peratus. Itu hanya melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahad, 14 April 2013

PAS tanding 30 DUN, lapan Parlimen Johor

JOHOR BAHRU: PAS semalam, memuktamadkan 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen yang bakal ditandinginya di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman calon bagi semua kerusi dibuat Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, disaksikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Polis terus kesan kubur pengganas

LAHAD DATU: Polis masih menjalankan operasi bagi mengesan kemungkinan ada lagi mayat pengganas yang ditanam oleh anggota kumpulan itu sekitar Kampung Tanduo, dekat sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pasukan keselamatan juga masih berusaha mengesan baki tiga mayat pengganas yang sebelum ini dikenal pasti ditembak mati di kampung berkenaan pada awal Ops Daulat, namun sehingga kini belum ditemui.

Beliau berkata, operasi mengesan lokasi mayat terbabit masih dijalankan walaupun berdepan beberapa masalah terutama faktor cuaca di FELDA Sahabat yang kini kerap hujan.

Isu pencerobohan di Lahad Datu: Hapus habis-habisan

LAHAD DATU: Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua pengganas dan tali barut mereka akan dihapuskan secara tuntas dari bumi Sabah.

Perdana Menteri juga memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba menceroboh negara pada masa depan akan menerima nasib sama.

Najib juga sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan serta keutuhan wilayahnya.

Hakikatnya, kata beliau, Sabah semenjak 16 September 1963 denagn keputusan serta sokongan majoriti rakyat negeri itu telah menyatakan bahawa mereka ingin supaya Sabah merdeka dalam Malaysia.

Sabtu, 13 April 2013

Nizar kalah saman TV3 RM50 juta

Wadusss!!...kenapa bisa kalah yahh!!!...
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini gagal dalam kes saman fitnah RM50 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), berhubung isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ini berikutan keputusan Hakim Datin Yeoh Wee Siam yang menolak tuntutan itu dengan alasan TV3 dan Penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah selaku pihak defendan berjaya membuktikan pembelaan mereka berdasarkan kewajaran dan ulasan saksama dalam perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Mustafa enggan ulas isu video seks

DUNGUN – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar) enggan mengulas mengenai isu penyebaran video seks membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang dari Pantai Timur yang tersebar luas di beberapa laman sosial internet sejak kelmarin.

Katanya, beliau menyerahkan kepada peguamnya berhubung perkara itu.

“Sudah... sudah, saya dah bagi tahu tak nak cakap apa-apa. Saya dah serah kepada peguam, itu saja.

“Not worth commenting (Tidak berbaloi kalau saya bagi komen),” katanya lalu masuk ke dalam kenderaan sebelum beredar.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Markas Pemuda Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di sini malam tadi.

Tokoh politik UMNO meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Tokoh politik tanah air yang juga antara pengasas UMNO, Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi, semalam.

Terbabit dalam politik sejak 1964, Allahyarham adalah wanita pertama menjadi Ahli Dewan Rakyat dari 1964 hingga 1978, selain mengasaskan Askar Wataniah.
 
Fatimah meninggalkan lapan anak perempuan, 12 cucu dan 11 cicit.
 
Anaknya yang juga bekas Hakim Mahkamah Perusahaan, Datuk Siti Saleha Sheikh Abu Bakar, berkata ibunya sakit sejak bulan lalu dan dimasukkan ke IJN selama 50 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Seorang lagi anaknya, bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Siti Zainab, berkata Allahyarham ibunya seorang pejuang politik yang cintakan bangsa dan negara.

“UMNO menjadi perjuangan hidupnya hingga ke akhir hayat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Allahyarham bukan saja melakar sejarah sebagai Ahli Parlimen wanita pertama tetapi juga srikandi Wanita UMNO yang besar jasanya dalam perjuangan memartabat maruah wanita Malaysia.

“Warisan Allahyarham disanjung hingga ke hari ini dan dikenang selama-lamanya,” katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara kira-kira jam 5 petang semalam.

Desak PAS siasat video lucah

AYER HITAM: PAS didesak menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pemimpinnya yang dikaitkan sebagai individu dalam gambar serta video lucah yang dipaparkan beberapa blog serta dalam bentuk cakera padat video (VCD).

Sambil menyifatkan perkembangan itu ‘pukulan maut’ kepada PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, bekas pemimpin kanan parti berkenaan, Datuk Dr Hasan Ali turut menggesa pemimpin dalam video terbabit tampil memberi penjelasan, tidak cukup dengan penafian hanya daripada pimpinan tertinggi parti.

Kemelut Video Seks: Hadi & PAS Tidak Percaya...

Abdul Hadi Awang
PETALING JAYA: PAS dan para pemimpinnya tidak percaya lelaki yang muncul dalam klip video seks terbaru adalah salah seorang pemimpin tertinggi mereka.

Oleh yang demikian, kata Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, parti itu tidak perlu memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkan perkara itu.

Kata Hadi, beliau sendiri tidak percaya lelaki itu adalah pemimpin PAS sebagaimana yang didakwa oleh beberapa blogger.

"Teruskanlah sebarkan video itu. Ia hanya akan menguatkan parti apabila orang ramai mengetahui yang ia adalah tidak benar," ujar Hadi sambil menyeru para penyokong PAS agar mengadakan sembahyang hajat.

PRU-13: Parti Kita Umum 11 Calon di Kedah

SUNGAI PETANI: Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) memperkenalkan barisan pertama calon mereka yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen di Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Mereka akan meletakkan 11 calon yang akan bertanding di sembilan kerusi Dun dan tiga kerusi Parlimen.

Kerusi Parlimen berkenaan ialah, Sungai Petani (Suhaimi Hashim), Pendang (Sanan Maniratana Eplatand) dan Padang Serai (N. Periasamy).

Video Seks: PAS Mungkin Siasat Unsur Sabotaj

PENDANG: PAS tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan siasatan dalaman berhubung penyebaran klip video seks terbaru mirip seorang pemimpin kanan parti itu.

Malah siasatan itu juga tidak mustahil bakal meneliti sama ada wujud unsur sabotaj dalaman terhadap pemimpin berkenaan dengan matlamat tertentu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, isu berkenaan tidak menjadi keutamaan parti itu buat masa ini berikutan semua pihak sedang memberi tumpuan kepada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

"Nanti kita bincang video jenis apakah itu. Sabotaj atau tidak, nanti (dalam) mesyuarat kita bincang.

"Kita tak tahu sekarang ini...semua tumpu pada pilihan raya," katanya ketika ditemui selepas berceramah di Jenun di sini, Jumaat malam.

Beliau mengulas mengenai video skandal seks yang didakwa mirip pemimpin kanan PAS yang memaparkan aksi hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai di dalam sebuah bilik hotel.

Video berkenaan mula diedarkan sejak Khamis malam.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenainya malah menyerahkan tindakan lanjut kepada peguamnya.

Bagaimanapun tiada kenyataan penafian daripada Mustafa.

Mengulas lanjut Mohamad yang lebih dikenali dengan 'Mat Sabu' mengakui masih belum menonton video tersebut kerana memberi tumpuan kepada kempen PRU.

"Saya hanya tahu petang tadi, tak tengok apa-apa lagi. Saya tak mau komen benda yang saya tak tengok," katanya.

Jumaat, 12 April 2013

Mustafa Ali Tak Akan Jawab Dakwaan Video Seks & Serah Pada Peguam

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah terbaru yang diedarkan sejak malam Khamis dan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan oleh Harakahdaily.com versi bahasa Melayu.

Beliau merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog sejak malam Khamis yang didakwa menyerupai dirinya.

Video lucah itu menunjukkan lelaki bersinglet dan berbadan gempal serta berjanggut sedang memakai seluar dalam warna putih yang sangat besar.

Dalam video yang sama, ditunjukkan seorang wanita sedang duduk di penjuru katil memakai tuala putih panjang. Wanita itu dikatakan seorang warganegara Indonesia.

Video lucah babit pemimpin kanan Pas satu fitnah: Hadi Awang

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada PAS.

Beliau berkata, perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.


 


"Kita (PAS) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila hari ini.
 
Abdul Hadi berkata, beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.


Katanya, PAS berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.

Semalam, di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan PAS. - BERNAMA

Isteri Yahya Sulong Meninggal Dunia

Allahyarhamah Datin Alisah Ali
PETALING JAYA: Datin Alisah Ali meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini, kira-kira jam 8 pagi ini, dua bulan selepas kematian suaminya pelawak Datuk Yahya Sulong.

Berita itu disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika di hubungi pagi Jumaat.

Alisah, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sejak sekian lama.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bandar Baru Sentul berdekatan rumahnya di Flat Sri Perak, untuk disembahyangkan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Batu Caves, dekat sini selepas solat Jumaat.

Alisah dan Yahya semasa hayatnya hidup dalam keadaan daif dan mengharapkan bantuan Baitulmal dan wang pencen bekas salah seorang isteri Yahya masing-masing sebanyak RM400 sebulan bagi menyara kehidupan mereka.

Suami beliau meninggal dunia di hospital yang sama pada 6 Februari lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma dan dikebumikan di kampung halamannya di Teluk Intan, Perak.

Khamis, 11 April 2013

Panglima Tentera Jamin PRU-13 Di Kawasan Operasi Daulat Selamat

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi jaminan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di kawasan Operasi Daulat akan berlangsung dalam keadaan selamat.

Beliau berkata, pasukan tentera bersedia membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk dari segi menyediakan kemudahan pengangkutan kepada penduduk untuk ke pusat mengundi.

Sambil berkata, semua kampung yang terjejas berikutan insiden pencerobohan pengganas itu telah memasuki fasa 'kestabilan', Zulkifeli memberitahu, kehadiran anggota keselamatan lebih bertujuan meningkatkan keyakinan penduduk berhubung tahap keselamatan yang semakin baik.

Dua Daripada 32 Rakyat Filipina Yang Ditahan Di Perairan Sabah Dipercayai Calon Mayor Tawi-Tawi

KOTA KINABALU: Polis percaya dua daripada 32 rakyat Filipina yang ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi Isnin lepas, adalah calon mayor dan naib mayordi kepulauan Tawi-Tawi, selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis sedang menunggu pengesahan dari kedutaan Filipina di Kuala Lumpur sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk membebaskan mereka.

"Polis telah mengenal pasti identiti 32 orang yang ditahan, mereka ini dari selatan Filipina dan tujuan mereka ini seperti yang mereka kata nak pergi ke Taganak (selatan Filipina), tetapi malangnya menurut mereka kapal yang mereka naiki mengalami masalah dan telah memasuki perairan kita.

Rabu, 10 April 2013

Hujan Lebat Sejam Akibatkan Banjir Kilat Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama.

PRU13: Ibrahim Ali Umum Pertahan Kerusi Parlimen Pasir Mas

KOTA BHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi Parlimen itu yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12).

"Atas tiket apa saya akan bertanding itu tunggulah hari penamaan calon atau sebelum hari itu. Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi, tunggulah saya akan umumkan," katanya ketika membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, sekiranya beliau dipilih bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN), sudah tentu ia merupakan satu penghormatan besar buat dirinya yang mahu terus berbakti kepada pengundi Pasir Mas.

Lahad Datu: 15 Warga Filipina, Seorang Anggota Polis Dihadap Ke Mahkamah Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Lima belas warga Filipina dan seorang Koperal polis yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau Jumaat ini.

Lapan daripada mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-PertuanAgong dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah diBukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Selain itu tujuh lagi tertuduh menghadapi pelbagai tuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas, melindungi pengganas serta merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas.

ANALISIS PRU-13: Ambil sikap berlapang dada

HARI ini Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calon yang akan dipertaruhkan dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Jika tidak pun, mereka yang dicalonkan tentunya dapat merasakan bahangnya kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan perjumpaan dengan penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tidak dinafikan kali ini, soal calon dianggap sebagai isu paling penting bagi memastikan kesinambungan kemenangan BN diterajui Najib yang juga Pengerusi BN.

5 Mei hari mengundi

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi pada 5 Mei bagi Pilihan Raya Umum Ke-13. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam sidang akhbar di sini hari ini turut mengumumkan 30 April sebagai tarikh mengundi awal.
 
PM bertemu calon-calon BN
Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan semua calon-calon Barisan Nasional (BN) baru sahaja bermula di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengah hari ini. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: 2 kriteria calon boleh menang BN diutamakan - PM
 
Dua kriteria calon boleh menang bakal menjadi pertimbangan utama Barisan Nasional (BN) iaitu kebolehan diri sendiri pemimpin tersebut dan juga penerimaan para pengundi di kawasan yang diwakili dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengadakan pertemuan dengan semua calon Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengah hari ini berkata:

"Objektif utama ialah menubuhkan kerajaan dan bukannya tumpuan untuk menjadi calon.

"Dan kalau ada yang tidak terpilih itu, kalau pun dia merajuk cukup setakat 24 jam sahajalah. Lepas itu turun membantu jentera," katanya.

Penamaan calon 20 April, pengundian 5 Mei: SPR

PUTRAJAYA: Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei,manakala tarikh penamaan calon pada 20 April,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pada Rabu.

Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan pada Khamis (11 April).

Calon kalah pada PRU-12 tapi bekerja kuat dipertimbangkan: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, calon yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-13) berpeluang untuk dipertimbangkan pada PRU-13 ini mengikut kesesuaian calon itu sendiri.

"Jika calon itu kalah pada 2008, tetapi dia masih kerja kuat untuk parti dan diterima masyarakat, masih ada peluang untuk dipertimbangkan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

BN Siap Sedia Umum Calon

Datuk Seri Najib
KUALA LUMPUR: Spekulasi bertiup kencang bahawa Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) pada Rabu, hari yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuaratnya untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Pagi Rabu, pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perjumpaan sekali lagi dengan para wakil parti komponen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memperkemas jentera pilihan raya gabungan itu dan mengadakan sidang akhbar selepas itu.

Selasa, 9 April 2013

PRU-13: TIBAI jangka Nik Aziz akan label penerima komputer riba sebagai haiwan

NOR Zahidi Omar (dua dari kanan) menyampaikan pelekat Tukar kepada wakil persatuan pemandu lori ikan pada majlis ceramah umum di hadapan Kampung Geting di Pengkalan Kubor, Tumpat malam tadi sambil disaksikan oleh Zahid Mat Arip (kanan).
TUMPAT - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka menyifatkan anak-anak yang akan menerima bantuan komputer riba yang dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai 'haiwan'.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip berkata, tindakan tersebut tidak pelik kerana Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini pernah menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai haiwan.

PRU-13: Ibrahim Ali pertimbang pelawaan Dr. Mahathir

Datuk Ibrahim Ali
JOHOR BAHRU - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali akan mempertimbangkan pelawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau sangat menghargai pelawaan itu kerana sebelum ini pernah berkhidmat di dalam UMNO bermula dari peringkat Pemuda, exco Pemuda, ketua bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

PRU-13: Hadi umum Aishah, Fauzi Shaari antara calon Pas

Fauzi Shaari
KUALA LUMPUR - Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah hari ini diumumkan sebagai calon Pas bagi Parlimen Jempol, manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari bertanding di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dua Naib Presiden Pas pula iaitu Datuk Salahudin Ayub tidak akan mempertahankan Parlimen Kubang Kerian sebaliknya telah diumunkan sebagai calon Pas di Parlimen Pulai.

Analisis PRU-13: Ambiga merajuk akibat disingkir?

S. Ambiga
PADA tahun lalu, negara melalui episod 'panas' dan kacau-bilau dengan tiga siri demonstrasi yang dinamakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang ditunjangi oleh pengerusi bersama, S. Ambiga.

Malah, Ambiga bagi penyokong-penyokong fanatiknya dianggap sebagai ‘srikandi’ negara dalam memperjuangkan hal-hal berkaitan sosialis dan hak sama rata rakyat.

Margaret Thatcher
LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher meninggal dunia pada usia 87 tahun semalam selepas beliau diserang strok, kata seorang jurucakapnya, Tomoty Bell.

Bell berkata, dua anak Thatcher, Mark dan Carol mengumumkan kematian ibu mereka itu yang meninggal dunia pada waktu pagi.

Perdana Menteri Britain, David Cameron memendekkan lawatannya ke Sepanyol ekoran kematian Thatcher.

Mayat busuk di Kampung Tanduo

ANGGOTA Forensik Polis Diraja Malaysia menggali dan mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang ditanam di dalam lubang di Kampung Tanduo semalam.

LAHAD DATU – Bau busuk menyelubungi kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanduo di sini apabila pasukan penyelamat mengeluarkan mayat 15 puak pengganas Sulu yang dikeluarkan dari tiga buah lubang.

Kesemua mayat yang rata-rata sudah reput dan hanya tinggal tulang tersebut dipercayai ditanam di situ selepas mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu. Salah satu mayat itu merupakan mayat pengganas wanita.

32 lelaki cuba menceroboh Sabah diberkas

KOTA KINABALU - Seramai 32 lelaki warga Filipina dipercayai cuba menyelinap masuk ke negeri ini menerusi perairan Tambisan, Lahad Datu bersama sejumlah senjata berjaya ditangkap oleh pasukan keselamatan.

Kesemua lelaki yang menaiki sebuah bot itu ditahan pada pukul 2 pagi dan pemeriksaan di atas bot tersebut oleh pasukan keselamatan menemui selaras M16, sepucuk pistol yang belum diketahui jenis, parang, kapak dan sejumlah tangkal. Mereka ditahan kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan.

Maruah Dan Penghormatan Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit - Najib

PUTRAJAYA: Maruah dan penghormatan adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit biarpun ada pihak memberikan pelbagai janji, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata walaupun seseorang itu kehilangan segala-galanya tetapi masyarakat akan tetap menghormatinya kerana wujud prinsip kesetiaan.

"Biarlah dua tiga tersasar nak jadi calon pembangkang, lebih ramai lagi ada pada kita. Yang jadi calon sebelah sana, saya kenal siapa dia, saya kenal latar belakang dia, saya tahu kenapa, sebenarnya mereka itu bermasalah. Semua dalam Mindef (Kementerian Pertahanan) tahu.

Ahad, 7 April 2013

PRU-13: PM Lancar Manifesto BN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mengangkat tangan sewaktu melancarkan Manifesto BN di Stadoum Putra Bukit Jalil.
KUALA LUMPUR: Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janji BN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:
* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.
* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.
* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja.
* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.
* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

Sabtu, 6 April 2013

Negara Terdedah Ancaman Jika Anwar Dipilih Memimpin – Dr Sidek Baba

KUALA LUMPUR, 5 April –  Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.

Pelajar UM Tanding Di Pekan

KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Malaya berusia 23 tahun akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRI-13).

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan menurunkan pelajar jurusan sains politik Mohamed Bukhairy Sofian sebagai calon bebas.

Katanya, kumpulan tersebut menurunkan seorang calon sebagai tuntutan untuk memperbaharui sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

"Kami mahu menonjolkan manifesto kami dan membawa dasar tersebut ke Parlimen.

"Selain itu, kami tidak akan mengetepikan isu yang menjejaskan penduduk tempatan di Pekan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Guru dibebani sistem mengarut

SEBELUM ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji bebanan tugas guru. 

Sejak tahun 2010 sehingga 2013, jawatankuasa ini masih belum mengemukakan apa-apa penyelesaian bagi isu ini. 

Belum pun kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul pula bebanan-bebanan baru.

Akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online. 

Jika dulu guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod, kini terpaksa menghadap komputer berjam-jam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, dan dan lain-lain lagi. 

Ibrahim Ali Akan Dedah Dua 'Rahsia' Pembangkang

KUALA LUMPUR: Dua 'rahsia' yang boleh 'mengejutkan' rakyat Malaysia akan didedahkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali selepas hari penamaan calon pilihan raya umum ke-13.

Katanya, rahsia mengenai pemilikan aset pemimpin pembangkang tertentu dan kerjasama antara parti-parti pembangkang itu, boleh menggugat keyakinan para penyokong terhadap parti pembangkang.

"Saya mempunyai maklumat mengenai dua rahsia ini iaitu berhubung masalah kerjasama antara PAS, DAP dan PKR serta maklumat pemimpin tertentu yang menguasai aset tertentu dalam pakatan pembangkang, tetapi tidak boleh didedahkan sekarang...dua perkara itu juga dijangka mampu mengejutkan rakyat Malaysia.

"Saya akan serahkan maklumat itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin pada malam Sabtu dan terpulang pada beliau (Perdana Menteri) sama ada akan mendedahkannya atau tidak.

"Namun saya sendiri akan mendedahkannya sekiranya beliau tidak berbuat demikian. Saya berani pikul tanggungjawab itu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu membuat laporan polis berhubung kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya untuk menghantar berita-berita tidak benar mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Jumaat.

Ibrahim juga mengesahkan bahawa beliau akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas, Kelantan, namun masih merahsiakan nama parti politik yang akan diwakilinya.

Beliau berkeyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) dapat menubuhkan kerajaan di Kelantan kerana pemerintahan PAS selama 23 tahun tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Ibrahim juga yakin rakyat Kelantan yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur sudah dapat menentukan kepimpinan yang bakal dipilih untuk mentadbir Kelantan di masa akan datang.

Berhubung laporan polis yang dibuatnya petang Jumaat, Ibrahim menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dan seterusnya merujuk kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab.

"Tindakan ini dilihat cuba untuk mensabotaj saya... saya buat laporan ini bagi melindungi diri saya sebab macam-macam perkara boleh dikeluarkan dalam akaun ini dan mungkin boleh mengelirukan orang ramai memandangkan pilihan raya sudah hampir," katanya. BERNAMA
 PRU-13: Johor Akan Terima Menteri Besar Yang Baru  
Oleh ROZAID A. RAHMAN (rozaid@thestar.com.my) 

KUALA LUMPUR: Hakikat bahawa cakap-cakap kini semakin jelas yang Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan bertanding kerusi parlimen dan dalam kes ini di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dengan sendirinya memberi indikasi yang negeri itu akhirnya akan menerima seorang menteri besar baru.

Lagi pun spekulasi ini tidak dapat dielakkan lagi kerana Ghani telah menerajui Johor selama empat penggal iaitu sejak Mei 1995.

Jika beliau masih lagi bertanding di dewan undangan negeri, bermakna beliau akan terus memimpin Johor untuk penggal kelima berturut-turut. Dan ini tidak mungkin akan berlaku.

Pengantinya pula, mestilah orang kelahiran Muar - sebagaimana mengikut tradisi sejak turun temurun di negeri itu. Johor mempunyai satu tradisi tidak bertulis, menteri besar mestilah datang dari kalangan anak kelahiran Muar.

Sejak 1886, iaitu era Johor moden, negeri itu telah memiliki 14 orang menteri besar. Dalam hal ini, calon yang menjadi tumpuan ramai sebagai calon menteri besar Johor akan datang ialah seorang lagi anak kelahiran Muar yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, 54.

Apatah lagi umum mengetahui yang Khaled dan Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Takzim telah mengenali satu sama lain sejak sekian lama. Mereka adalah rakan persekolahan di English College, Johor Baharu.

Khaled sendiri apabila ditanya mengenai spekulasi beliau akan kembali sebagai menteri besar Johor bukan sahaja sekadar memberikan senyuman sinisnya yang terkenal itu, malah berkata, yang dirinya telah menjadi subjek kepada spekulasi itu sejak tiga penggal yang lalu.

Ini pun satu fakta yang benar lebih-lebih lagi beliau sepatutnya kembali ke Johor pada pilihan raya yang lalu, tetapi ia tidak menjadi kenyataan atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, mStar Online difahamkan yang Khaled telah pun menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Umno dan BN, Tengku Adnan Tengku Mansor pada petang Khamis (4 Apr) berhubung keputusan pucuk pimpinan pusat yang mahukannya bertanding di kerusi dewan undangan negeri kali ini.

Beliau khabarnya diminta supaya menyelesaikan bagaimana hendak menukar kerusi dengan MIC yang sejak terbentuknya Parlimen Pasir Gudang (di mana Khaled adalah wakil rakyatnya) bertanding di Dewan Undangan Negeri Permas.

Permas secara semulajadinya adalah kerusi yang sesuai untuk Khaled. Di samping ia terletak dalam Parlimen Pasir Gudang, DUN ini juga mempunyai 54.25 peratus pengundi Melayu, berbanding DUN Johor Jaya yang diwakili oleh MCA.

Namun Khaled sentiasa mempunyai pilihan kerana satu lagi kerusi DUN yang selamat untuknya ialah Tanjung Puteri dalam Parlimen Johor Baharu yang mempunyai 62 peratus pengundi Melayu.

DUN Tanjung Puteri juga sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing buat Khaled kerana beliau pernah mewakili Parlimen Johor Baharu selama dua penggal dan pernah menjadi ketua pemuda dan ketua Umno Bahagian sebelum berpindah ke Pasir Gudang apabila persempadanan semula kawasan dilakukan.

Bagaimanapun, nama Khaled bukannya satu-satunya nama yang disebut sebagai calon menteri besar.

Dua lagi nama yang menjadi pilihan ialah ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Umno Tanjung Piai yang juga ADUN Kukup, Datuk Md Othman Yusof iaitu pemilik majalah kartun Ujang.

Khabarnya kedua-dua mereka juga berada dalam senarai pemimpin yang diterima dan diperkenan oleh Sultan.

Anwar Kekal Di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dia merancang untuk bertanding di Perak baru-baru ini.

Beliau berkata, dia ingin bersama pengundi dan penyokong setianya di kawasan tersebut.

Katanya, beliau terhutang budi dengan penduduk di Permatang Pauh yang sentiasa menyokongnya walaupun dia tidak lagi bersama parti memerintah dan kerajaan.

"Isteri saya (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) pada awalnya tidak bersetuju apabila saya memberitahunya bahawa saya sedang mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun di Perak.

"Beliau berkata rakyat di Permatang Pauh adalah penyokong setia yang sentiasa berdiri dibelakangnya dan PKR selama ini," katanya pada ceramah di Taman Seri Pauh, Permatang Pauh di sini, Jumaat.

Terdahulu, ketika sesi bertemu penduduk di Kubang Semang, Anwar berkata beliau memerlukan masa untuk membuat keputusan mengenai kerusi yang akan ditandingi iaitu sama ada akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh atau berubah angin ke Perak.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat memenangi tiga kerusi Parlimen Parit Buntar, Bagan Serai dan Gopeng di Perak pada pilihan raya umum 2008.

Menurut beliau, keputusan untuk mempertimbangkan Perak adalah sebagai strategi politik untuk meningkatkan sokongan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail akan bertanding di kerusi Tambun, kata Anwar.

Anwar merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 apabila beliau menyertai Umno.

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih kerusi tersebut pada pilihan raya umum 1999 apabila beliau dipenjarakan atas tuduhan liwat dan rasuah.

Anwar memenangi semula kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas kerusi tersebut dikosongkan oleh Wan Azizah.