Selasa, 9 April 2013

PRU-13: Hadi umum Aishah, Fauzi Shaari antara calon Pas

Fauzi Shaari
KUALA LUMPUR - Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah hari ini diumumkan sebagai calon Pas bagi Parlimen Jempol, manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari bertanding di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dua Naib Presiden Pas pula iaitu Datuk Salahudin Ayub tidak akan mempertahankan Parlimen Kubang Kerian sebaliknya telah diumunkan sebagai calon Pas di Parlimen Pulai.

Sementara seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa telah dipilih sebagai calon Pas di Parlimen Putrajaya.

Seorang arkitek terkenal berasal dari Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pula telah diumumkan sebagai calon Pas di Parlimen Kuala Terengganu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Berikut senarai calon Pas bagi kerusi Parlimen yang diumumkan parti itu hari ini:

* Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Marang
* Mohamad Sabu (Timbalan Presiden) - Pendang
* Datuk Husam Musa (Naib Presiden) - Putrajaya
* Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden) - Pokok Sena
* Salahudin Ayub (Naib Presiden) - Pulai
* Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad - Kuala Terengganu
* Datuk Fauzi Shaari - Larut
* Wan Aishah Wan Arifin - Jempol

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran