Selasa, 23 April 2013

Akibat Serangan Jantung Selepas Diserang Penyokong Parti

Sahabat. Al-Fatihah aku sedekahkan kepada mu. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh mu dan Allah melapangkan kubur mu dan menempatkan mu bersama barisan syuhada dan solihin. Amin.

KOTA BHARU: Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini lewat malam Isnin.

Insiden berkenaan berlaku ketika mangsa yang telah berkhidmat dengan RTM selama 25 tahun baru sahaja pulang daripada tugasan di Gua Musang, kata Penyelaras Jentera Pilihan Rya BN Kelantan, Datuk Hassan Harun pada Selasa.
 Difahamkan berlaku pertengkaran antara penyokong parti politik dengan mangsa yang akhirnya menyebabkan dia ditumbuk dihadapan rumahnya.

Selepas kejadian itu, beliau mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis.

NOTE: Kepada penyokong Pas yang menyerang sahabat karib aku ini, aku sumpah laknat ke atas kamu. Aku minta kepada Allah SWT supaya menurunkan bala di atas semua keturunan orang-orang Pas yang terlibat di atas kematian sahabat yang tidak berdosa ini.

Kematian Wartawan Sambilan RTM Bukan Diserang Penyokong Parti Politik - Ketua Polis Kelantan
 
PENGKALAN CHEPA: Kematian wartawan sambilan RTM, Mohammad Yaakob, 61, di Gua Musang pada awal pagi Selasa berpunca daripada penyakit jantung dan bukan akibat diserang penyokong sebuah parti politik.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihak polis menerima laporan polis berhubung kejadian yang dibuat oleh isteri mangsa, Wan Tahirah Wan Ibrahim, 52.

"Pada kejadian yang berlaku pada pukul 12.45 pagi (Selasa), isteri mangsa mendengar bunyi hon kereta di luar rumah. Isunya adalah rumah (mangsa) berhampiran dengan markas parti politik. Bila kereta mereka dihalang (markas), suami kepada pengadu kemudiannya keluar dari kereta dan berlaku pertengkaran mulut.

"Bila (mangsa) masuk ke dalam rumah mula berasa sakit dada (dan) keadaan bertambah merisaukan. Dia dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan pada kira-kira pukul 1.45 pagi.

"Berdasarkan bedah siasat di Hospital Gua Musang, punca kematian disebabkan oleh serangan jantung," katanya pada sidang media selepas Taklimat Kepada Calon dan Wakil Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baru di sini, Selasa.

Jalaluddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Mohammad yang meninggal dunia akibat serangan jantung yang didakwa berlaku selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang di Gua Musang, awal pagi Selasa.

Menurut Jalaluddin, pihak polis menyiasat kes tersebut di bawah kematian mengejut.

"Mangsa mempunyai rekod sakit jantung (maka) tidak timbul dia diserang atau dipukul. Tiada kesan lebam pada mangsa," kataya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak mendengar sebarang khabar angin atau menyebarkan fitnah berhubung kejadian itu.

Sementara itu, anak mangsa, Nur Safran Mohammad berkata, pemergian arwah bapanya itu mengejutkan beliau dan keluarga kerana allahyarham sebelum ini tidak pernah mengadu mengalami masalah jantung.

Mangsa yang telah berkhidmat dengan RTM selama 25 tahun meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak berusia 27 tahun hingga 14 tahun.

Tiada ulasan: