NEW YORK: Taikun hartanah, Donald Trump pada Selasa mengumumkan bahawa
beliau mahu bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) dan
berjanji akan menjadikan negara itu kembali sebagai yang terbaik.
"Saya secara rasminya mahu bertanding untuk jawatan Presiden Amerika
Syarikat dan kita akan berusaha menjadi negara kita kembali terbaik,"
katanya ketika berucap di Trump Tower di sini.
Hartawan berusia 60 tahun itu dianggap sebagai calon 'wildcard' dalam
keadaan di mana ramai pesaing untuk merebut jawatan presiden pada 2016.
Trump yang mengutuk tentang dasar luar dan ekonomi AS mengkritik
sejumlah ahli politik ketika ini dan berjanji mahu memulihkannya
daripada apa yang digelarnya sebagai kemerosotan AS.
"Negara kita mempunyai masalah yang serius. Kita tidak lagi mencapai kejayaan," katanya.
"Bila kali terakhir sesiapa melihat kita mendahului, katakan China
dalam perjanjian perdagangan. Mereka tewaskan kita. Saya sentiasa kalah
China."
"Bila kita kalahkan Jepun untuk apa sahaja? Mereka menghantar jutaan
kereta buatan mereka dan apakah yang kita lakukan?" soalnya.
Ahli perniagaan itu berkata, "AS menjadi tempat lambakan kepada masalah orang lain". - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan