Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik
Abdul Aziz melancarkan serangan balas kepada DAP dengan menyindir parti
itu sebagai ‘perempuan’.
Menurut beliau, DAP dilihat seakan tidak yakin untuk memutuskan hubungan dengan PAS walaupun kerap kali mengkritik dan menghentam parti Islam berkenaan.
Malah, beliau turut mencabar DAP untuk menjadi lebih ‘jantan’ dengan mengambil keputusan jelas berhubung kerjasama politik yang terjalin melalui tahaluf siayasi itu.
"Saya jadi perasan DAP ni perempuan, PAS jantan la pulak. Perempuan tak sah lafaz cerai, tu dok mintak fasakh tu," katanya melalui status Facebooknya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat mencabar secara terang-terangan kepada DAP untuk memutuskan hubungan bersama PAS.
Malah beliau turut mendakwa DAP tidak mempunyai keberanian untuk memutuskan hubungan dengan PAS walaupun sebelum ini parti itu telahpun memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Come on lah DAP..jadilah jantan juga. Be gentleman, cool macam PAS or berterus terang je…tolak PAS.
"Jangan buat perangai tak manis kahwin bawa lari anak dara orang. Tak pasal-pasal si anak dara @ PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) tu kena kutuk," katanya lagi dengan mengumpamakan krisis yang berlaku seperti kes cerai pasangan berkahwin.
Pada Muktamar Tahunan PAS Kali -61 yang berakhir pada 7 Jun lalu, PAS telah meluluskan usul Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Usul berkenaan menjadikan krisis politk yang wujud di antara DAP dan PAS kian meruncing yang bermula ekoran isu usaha melaksanakan hudud di Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan