Khamis, 18 Jun 2015

Mayat Aktres Korea, Jung In Ah Ditemui Hancur

.
Selepas tiga hari hilang, nasib pelakon dan model cantik Korea, Jung In Ah akhirnya diketahui umum tetapi dengan berita yang cukup menyayat hati.

Aktres 35 tahun ini ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pada Selasa lalu sekaligus berita menyedihkan itu menarik perhatian ramai peminatnya di Internet.  

Menerusi laporan beberapa media Korea menyebut Jung In Ah atau nama sebenarnya Jung Hye Young melakukan aktiviti payung terjun atau 'skydiving' pada 13 Jun lalu di daerah Goheung yang terletak di wilayah Selatan Jeolla, Korea.
Namun, selepas memulakan penerbangan, tidak lama kemudian dia disedari hilang dan misi mencari serta menyelamat segera dilakukan.

Pencarian tersebut berakhir dengan tragis pada 16 Jun lalu apabila Jung In Ah ditemui bersama payung terjunnya yang terapung di perairan pantai berhampiran. Laporan juga menyebut mayat pelakon itu ditemu dalam keadaan hancur.

Pihak polis dan penyelamat mendakwa Jung In Ah menghadapi kesulitan dan tidak dapat melakukan pendaratan dengan sempurna. Selain faktor cuaca buruk, kemungkinan besar payung terjunnya tidak mengembang dengan sempurna pada waktu berkenaan.

Sebelum ini Jung In Ah memang sudah aktif melakukan aktiviti berkenaan sejak setahun lalu sebagai menjiwai wataknya dalam sebuah filem yang akan dibintanginya. Sejak itu dia sering berkongsi gambarnya melakukan aktiviti itu di media sosial untuk tatapan peminatnya.

Selain berbakat dalam dunia lakonan dan peragaan, pelakon drama The Secret of Keu Keu Island ini juga dikenali sebagai pengajar yoga dan pilates. Dia juga dikenali sebagai seorang idol yang bijak dan mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Seoul.

Sementara itu, hari pengebumian pelakon ini akan diadakan esok.

Tiada ulasan: