Ahad, 7 Jun 2015

Senarai nama 17 mangsa gempa Sabah didedahkan

Pihak berkuasa mengumumkan semua 17 nama mangsa yang maut di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi, termasuk mereka yang masih hilang, hari ini.
Nama mangsa, termasuk enam rakyat Malaysia, lapan Singapura dan seorang dari China, Filipina dan Jepun dipamerkan di papan putih di pusat media di kaki gunung Taman Negara Gunung Kinabalu.

Mangsa rakyat Malaysia adalah Lim Choon Seong, 45, Muhammad Loqman Abd Karim, 22, Mohd Khairuladzuan Abd, 39, dan pekerja Valerian Joannes, Ricky Masirin dan Joseph Solugin.

nama-mangsa gempa sabah

Sementara itu mangsa warga Singapura dipercayai berusia 12 tahun dan murid-murid dari Sekolah Rendah Tanjung Katong iaitu Rachel Ho Yann Shiuan, Sonia Jhala, 12; Emilie Giovanna Ramu, dan Ameer Ryaan Mohd Adeed; dan Navdeep Singh Jaryal a/l Rajkumar, 13; serta Mohammad Ghazi Mohamed, 35, Loo Jian Liang Terrence, 29 dan Muhammad Daanish Amran, 22.

Pendaki warga asing termasuk Luqi, 35 dari China, Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12, dari Filipina dan Ozaki Masahiro, 29 dari Japan.

Pada hari pertama operasi mencari dan menyelamat yang dibantu oleh malim gunung dan penduduk kampung menemui dua mayat yang dikenali sebagai Peony Wee Ying Ping, 12 (Singapura) dan malim gunung, Robbi Sapanggi, 30, dari Kampung Kiau, Kota Belud.

Semalam kumpulan penyelamat menemui 11 lagi mayat, menjadikan jumlah yang maut setakat ini, 13 orang. Enam masih lagi hilang.


ops sar sabah gempa

Pihak berkuasa turut mengumumkan seorang lagi mangsa warga Singapura, Prajest Dhimant Patel, 12, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Gleaneagles di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Ranau, Deputi Superintenden Farhan Lee Abdullah berkata, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga enam individu yang masih hilang, ditemui.

Jumaat lalu, gempa bumi yang berpusat di 14 kilometer di utara Ranau iaitu kira-kira dua jam perjalanan melalui jalan pergunungan dari Kota Kinabalu, melanda Sabah pada jam 7.15 pagi.

Gegarannya dirasakan di pantai barat dan kawasan pedalaman Sabah tetapi lokasi yang menerima akibat yang teruk adalah di Gunung Kinabalu dan Ranau di mana beberapa tanah runtuh dilaporkan belaku.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata, kedalaman gempa bumi dilaporkan pad 54 kilometer dengan gegaran yang dapat dirasakan di Ranau, Tambunan, Tuaran, Kota Belud dan kawasan pedalaman.

Tiada ulasan: