Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sedia menerima
pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada
muktamar lalu untuk menyertai NGO itu sekiranya PasMa menjadi sebuah
parti politik.
Presidennya, Datuk Pahrolrazi Mohd Zawawi, entiti Pasma sama ada
sebagai NGO atau parti politik akan diputuskan melalui satu mesyuarat
yang diadakan 13 Jun ini di Shah Alam.
"Kita
akan bermesyuarat pada 13 Jun ini yang dihadiri semua pimpinan PasMa
Pusat, saya menjangkakan hampir 200 pimpinan akan hadir.
"Dalam mesyuarat tersebut kita akan membincangkan sama ada PasMa akan
terus menjadi NGO atau sebuah parti politik," katanya ketika dihubungi
BNBBC.my.
Menurut Pahrolrazi, jika bergerak sebagai parrti politik, PasMa bersedia menerima mana-mana pemimpin PAS menyertainya.
Tegas beliau, PasMa tidak akan bergerak secara solo sekiranya menjadi
sebuah parti politik berikutan matlamat penubuhannya adalah menjadi
penyokong PR.
"Kalau mesyuarat memutuskan yang kita akan menjadi sebuah parti
politik, kita akan menjadi sebahagian daripada komponen PR, tapi tidak
bermakna PasMa menggantikan PAS sekiranya parti itu keluar daripada PR,"
jelasnya.
Mengenai pandangan Ahmad Awang yang tewas dalam perebutan jawatan
Presiden dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar lalu, supaya
PasMa terus menjadi NGO, ini jawapan Pahrolrazi,.
"Itu hanya pandangan peribadi dia sahaja, sebab apa sahaja keputusan akan dibincangkan dalam mesyuarat 13 Jun ini," jelasnya.
Pahrolrazi dalam masa yang sama turut menafikan sebarang tawaran jawatan tertinggi kepada Ahmad dalam NGO itu.
"Kita tak tawarkan sebarang jawatan tertinggi kepada Ahmad, dan belum ada perbincangan lagi ke arah itu.
"Biarkan waktu bertenang sementara, dan kalau kita nak dia sertai
kita pun, kita akan turut tawarkan kepada semua pimpinan PAS yang lain
sebab Pasma adalah terbuka kepada semua," tambahnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan