KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines
(MAS) penerbangan MH148 hari ini mengalami kebakaran enjin sebelum
membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne.
Pesawat Airbus 330 yang dijadualkan terbang ke Kuala Lumpur itu membuat pusingan beberapa kali di udara untuk membuat pelepasan minyak sebelum ia mendarat.
MAS telah mengesahkan penerbangan MH148 itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne.
Jurutera dan kakitangan MAS telah pun menjalankan siasatan terhadap pesawat yang membawa 300 penumpang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Hasil siatan awal, kebakaran pesawat itu tidak menunjukkan bukti fizikal ia berpunca daripada luar pesawat.
MAS dalam satu kenyataan hari ini juga berkata penilaian lanjut terhadap pesawat itu juga telah dilakukan.
Lapangan Terbang Melbourne sebelum ini juga telah membuat pengesahan awal mengenai insiden ini dan melaporkan pesawat itu telah mendarat dengan selamat.
Operasi di lapangan terbang itu juga dilaporkan kembali seperti biasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan