Anak kepada Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) menyerbu kedai-kedai vape dan merampas cecair vape
bernikotin.
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid memuat
naik status itu di akaun Instagram miliknya, susulan serbuan ke atas
kedai-kedai vape di seluruh negara yang mula dijalankan KKM sejak
kelmarin.
"Tidak perlu buat rampasan secara drastik, memberi kenyataan seumpama 'mengugut', seperti vape ini perbuatan jenayah.
"Kaji semula dengan beberapa universiti
tempatan dan buat perbandingan dengan universiti luar negara, keluarkan
soal selidik dan sebagainya, barulah nampak 'kecerdikan' di situ,"
demikian status yang dimuat naik ke Instagram miliknya, pada Jumaat.
Beliau yang juga seorang pengguna rokok
elektronik (e-rokok) turut mencadangkan pihak berkuasa mendekati
golongan itu terlebih dahulu dan mencari penyelesaian bersama, sebelum
mengambil tindakan terhadap peniaga vape.
"Dengan adanya fakta, tiada hati yang
terguris. Benar periuk nasi mereka yang mengusahakan vape tertutup. Baru
hendak belajar berniaga sudah kena kambus.
"Saya tampil untuk komen dengan tiada kepentingan peribadi, tiada agenda, cuma saya fikir sebelum bertindak," tulisnya.
Nurulhidayah turut berkongsi pendapatnya
mengenai etika pengguna vape yang dianggap ‘menjengkelkan’ sehingga
membawa kepada perspektif negatif orang ramai.
"Persoalan yang timbul adalah dari segi
etika. Etika vapors itu sendiri kemungkinan 'menjengkelkan' bagi
sesetengah orang yang terus membawa kepada perspektif negatif.
"Bagi saya, mengapa kerajaan tidak
melakukan 'research' atau kajian mengenai vape dari sudut negatif dan
positif? Rata-rata masyarakat kita perlu tahu dan didedahkan sedikit
'knowledge' atau fakta mengenai vape dan aktiviti ber'vape' ini,"
ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan