Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) hanya akan mengeluarkan kenyataan esok, berhubung
serbuan agensi itu ke atas portal berita, Malaysiakini.
Ketua Bahagian Pemantauan dan
Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, suruhanjaya itu
tidak akan mengeluarkan sebarang komen berhubung serbuan berkenaan hari
ini.
"Berhubung serbuan berkenaan,
Pengerusi SKMM, Datuk Seri Halim Shafie akan keluarkan kenyataan esok,"
katanya melalui khidmat pesanan ringkas kepada The Rakyat Post.
Memetik laporan portal berkenaan, lebih 10 pegawai dan anggota SKMM serta polis pergi ke pejabat Malaysiakini, sejak jam 5 petang tadi.
SKMM juga telah mengambil kenyataan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan dan seorang wartawan berhubung laporan yang disiarkan Isnin lalu.
Sebelum ini, Malaysiakini
melaporkan seorang Timbalan Pendakwa Raya SPRM yang terbabit dengan
penahanan beberapa saksi penting, dipindahkan secara mengejut hari ini.
Portal itu yang memetik sumber sebagai melaporkan, pegawai tersebut adalah Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Shazalee Abdul Khairi.
"Apa yang menjadikan
pemindahannya penuh tanda tanya adalah, peminjaman Ahmad Shazalee ke
SPRM baru sahaja dilanjutkan pada pertengahan tahun ini dan sepatutnya
berkuat kuasa sehingga 2017," kata portal itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan