Jumaat, 6 November 2015

Tun M disiasat


Polis merakam keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini berhubung kenyataan yang dibuat bekas Perdana Menteri itu di Pasar Seni pada perhimpunan Bersih 4.0, Ogos lalu. 

Menurut laporan disiarkan New Straits Times (NST) Online, polis menjalankan rakaman kenyataan Tun Mahathir di pejabat beliau di Yayasan Albukhary, di sini pada jam 11 pagi tadi. 

Sebuah kenderaan polis dengan tiga pegawai dilihat memasuki pekarangan pejabat pada jam 10.40 pagi, berkemungkinan untuk menemubual Tun M. 

Pada 3 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata Tun M disiasat bagi kenyataannya yang berbaur hasutan bukannya kerana kehadirannya di perhimpunan Bersih 4.0.

Khalid berkata, polis tidak akan memanggil Tun M untuk disoal siasat di mana-mana balai polis kerana menghormatinya dan menyerahkan kepada bekas Perdana Menteri itu untuk membuat keputusan mengenai lokasi untuk diambil keterangan. 

Tun M dilaporkan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah.

Tiada ulasan: