Sabtu, 14 November 2015

Serangan bersiri Paris: Apa yang diketahui setakat ini

Serangan bersiri Paris: Apa yang diketahui setakat ini
Penyerang didakwa melaungkan "Untuk Syria" dan "Allahuakbar" sebelum melakukan serangan. - Foto AFP
Seluruh dunia hari ini berkongsi kesedihan dengan insiden serangan di bandar raya Paris, Perancis yang mengorbankan lebih daripada 120 nyawa.

Skala tragedi itu disifatkan ramai sebagai bencana kemanusiaan apabila ratusan nyawa menjadi mangsa kepada situasi keganasan dan motif yang tidak jelas tujuannya.

Kronologi yang disediakan di bawah ini adalah mengikut waktu Malaysia. Mari kita lihat apa yang diketahui setakat ini:

Paris
Polis Perancis dengan perisai berbaris di sekitar dewan konsert Bataclan. - Foto REUTERS/Christian Hartmann

 
SABTU (14 November 2015)

7.40 pagi: Associated Press melaporkan berlakunya kejadian tembakan di sebuah restoran di paris dan beberapa orang dilaporkan maut sekitar tengah malam waktu tempatan. Turut dilaporkan adalah letupan di luar Stadium Nasional Stade de France. Perlawanan antara Jerman dan Perancis sedang berlangsung dan Presiden Perancis, François Hollande di stadium dibawa keluar.

8.15 pagi: The Guardian melaporkan kejadian tembakan di sebuah bar dan Dewan Bataclan.

8.20 pagi: Tebusan ditahan di Bataclan.

8.45 pagi: Perlawanan di Stadium Stade de France tamat, namun pemain dan 80,000 penonton tidak dibenarkan keluar.

Serangan
Seorang anggota polis Perancis membantu salah seorang mangsa serangan yang cedera di luar dewan Bataclan. - Foto REUTERS/Philippe Wojazer
 

9.10 pagi: Pihak berkuasa mengeluarkan arahan agar penduduk tidak keluar rumah.

9.30 pagi: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengutuk serangan berkenaan.

9.35 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Keadilan merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengutuk serangan itu.

9.40 pagi: Darurat diisytiharkan di Paris oleh Presiden Perancis, François Hollande.


10.00 pagi: Reuters melaporkan angka kematian mencecah 100.

10.10 pagi: The Guardian melaporkan beberapa lagi letupan kedengaran di Bataclan, dan kira-kira 60 orang tebusan sedang ditahan di dalam dewan.

10.35 pagi: Facebook lancarkan Pengesahan Keselamatan Serangan Paris (Paris Terror Attacks Safety Check), membolehkan pengguna yang berada di bandar raya itu membuat check-in, sekali gus mengesahkan status mereka, sama ada bebas ancaman atau tidak.

10. 44 pagi: Perkongsian pengalaman oleh rakyat Malaysia di Paris.


10.45 pagi: Polis menyerbu masuk ke dalam Dewan Bataclan.
11.00 pagi: The Guardian melaporkan saksi melihat tebusan mula dibebaskan.

11.30 pagi: Operasi di Bataclan tamat dan dua penyerang mati.

12.10 tengah hari: Enam lokasi serangan disahkan; Dewan Konsert Bataclan, Stadium Stade de France, Restoran Jepun Rue de Charonne, Restoran Kemboja Petit Cambodge, Boulevard Voltaire dan Restoran pizza Casa Nostra.

12.20 tengah hari: Angka korban setakat ini disahkan lebih daripada 120 orang.

Tiada ulasan: