Rabu, 21 November 2007

Selamat Datang

Assalamualaikum
Terima kasih kepada tetamu yang telah memasuki blog ini. Diharapkan selepas kalian memasuki blog ini dan setelah meninjau, menatap, membaca dan melayang pandang setiap tulisan yang ada dalam blog ini akan melahirkan suatu keputusan yang hanya kalian sahaja yang tahu.

Sesungguhnya pengisian blog ini tidak dapat lari daripada mengandungi unsur-unsur politik. Ia penting bagi memberi ilmu, pendedahan, pengetahuan, pengajaran, kesedaran dan apa-apa saja yang berkaitan dengannya sama ada yang berlaku dalam negeri mahupun luar negeri.

Jika ada kekhilafan dalam blog ini saya terlebih dahulu memohon berbanyak maaf kerana "Apa yang buruk itu adalah dari saya, yang baik dan sempurna itu datang dari Allah."

Selamat melayari laman manzaidiamn.blogspot.com

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, semoga tulisan yang dicatatkan pada laman ini bermanfaat untuk semua.
Teruskan usaha Sdr.

manzaidi berkata...

terima kasih kepada tetamu 1. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik.

chingoo blog berkata...

Saya memang menyanjung tinggi pendirian dan prinsip saudara menulis perkara yang benar terutama mengenai "Krisis Tiga Abdul" pada tahun 1999. Saya tidak membaca tulisan saudara mengenai perkara ini tetapi perkara ini yang menjadi gossip yang popular. Apabila saya ditemubual oleh seorang wartawan, saya lupa dari akbar mana saya turut mengemukakan isu ini. Tetapi saya tidak pasti perkara ini satu fakta atau dengar cakap. Pengakuan MB mengenai krisis berkenaan dan juga terbatalnya saman terhadap saudara menjadi kenangan manis untuk saya dan mungkin juga semua wartawan yang berpendirian seperti saudara. TQ

dewi malam berkata...

sy meyokong usaha sdr memberikan paparan terkini kpd pengunjung blog. erm.. macam2 ada dr dunia seni sehinggalah ke arena politik. sy plgtertarik dgn isu hindraf yg sdr muatkan dan sy ada mmberikan sedikit sbyk pandangan ttg isu ini. slmt maju jaya!

dewi malam berkata...

Sy menyokong usaha sdr memeberi paparan terkini kepada pengunjung blog. erm.. mcm2 ada dr topik yg berkisar ttg seni sehingga lah ke politik. sy ada memberikan sedikit sebyk komen tentang isu hindraf sebagai tanda sokongan terhadap bloG saudara. Slmt maju jaya!

persepsi2008 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
persepsi2008 berkata...

saudara, sy sukakn senitulis yg ada pd saudara lebih2 lg bila sdr mengupas isu politik. sbg pengunjung setia, sy yakin saudara mmpu pergi lebih jauh. sy mgharapkn sesuatu yg lebih berat dan serius dr blog saudara- agenda2 besar negara seperti artikel mmbela hak2 keistimewaan melayu dan raja2, mmprotes kemasukan jurulatih sukan dr israel, isu2 keagamaan seperti ulasan masyitah ttg perempuan dibenarkn melacur ketika terdesak di mana ianya tidak relevan sama sekali, perdebatan ttg hudud yg merupakn hukum allah yg termaktub dalam quran, isu2 luar negara seperti agenda osama laden untuk menjadikan afghanistan pengkalan tntera di timur tengah, bukan itu shj beliau juga mahukn afghanstan menjadi tmpat perjumpaan segala saintis islam, beliau mahukan menyatukan semua negara islam supaya kita tidak lagi bergantung kepada kuasa kuffar lagi, hasrat beliau mahu menubuhkan a pure islamic country supaya negra islam bangkit mnjadi kuasa yg lebih kuat , ulasan paderi besar pope john ttg pesatnya perkembangan islam yg berlaku seleps tragedi 11 september kerana bgitu ramai yg memeluk islam, ini selepas org mula mgkaji ttg islam, dan lebih byk rencana2 keagamaan yg relevan dgn perkembangan semasa. Sy juga berharap saudara mnjadikan blog ini sbg platform untuk membangunkan kelantan, sebagai contoh dengan rencana mengajak masyarakat melabur di kelantan, mngajak anak2 kelantan mmbeli barangn dr kelantan untuk mengukuh ekonomi org2 kita, kempen kutipan derma untuk mmbasmi kemiskinan di kelantan contohnya dgn mencari sponsorship dan hubungan keluarga angkat antara anak2 miskin di kelantan dgn org2 kelantan yg berkemmpuan yg berada di kelantan dan di luar kelantan ( setiap org sponsor seorang anak miskin, contohnya dgn mmberi rm40 sebulan), menuntut bg mndapatkn tv kelantan supaya mudah untuk mnggerakkan agenda mmbangunkan kelantana. Masyrakat kelantan mmpunyai semngat kenegerian yg kuat dan sy yakin dgn kesungguhan ia bukan sesuatu yg susah apthlagi musatahil. semoga usaha saudara yg diiringi dgn hati yg bersih dan ikhlas kerana allah mmpu menarik lebih ramai pembaca dan menjadikn blog saudara sbg platfrom dr mengupas sesuatu isu hinggalah merealisasikan semua agenda2 besar negara dan umat islam bukan shj di malaysia malah seantero dunia serta mmbangunkan negeri kelahiran tercinta. Walau bagaimanpun, ini hanyalah satu cadangan. Tiada tekanan untk melaksanakannya. Sy juga merancang untuk create blog sendiri menyelitkan agenda2 ini walaupun bukan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.