Sabtu, 19 Disember 2015

Beri laluan atau berdepan tindakan undang-undang

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran bahawa pengguna jalan raya yang tidak memberi laluan kepada rombongan VIP di jalan raya boleh didakwa mengikut Akta Polis dan Akta Pengangkutan Jalan.
"Pihak polis boleh bertindak terhadap pengguna jalan raya yang menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka. Sebab utama mengapa polis perlu mengiringi VIP adalah kerana sebab-sebab keselamatan.

"Terdapat perbincangan di media sosial dan portal berita yang mencadangkan supaya pengguna jalan raya mengabaikan arahan polis supaya memberi laluan apabila rombongan VIP akan melalui kawasan tertentu.

"Saya menggesa pengguna internet menghentikan perbahasan yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada masyarakat dan negara ini," katanya selepas menerima ijazah doktor kehormat daripada Universiti Limkokwing di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Sabtu.

Khalid juga mengibaratkan portal dalam talian yang membangkitkan isu itu sebagai menggalakkan perlanggaran undang-undang dan sengaja cuba memberitahu orang ramai agar membantah pihak polis.

Beliau mengulas posting Facebook yang viral berhubung komen pengguna yang mendakwa bahawa beliau dengan sengaja tidak memberi laluan kepada konvoi VIP dan tindakannya itu turut dicontohi pemandu lain dihadapannya.

Tiada ulasan: