Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengesahkan
kehadiran ke Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Selasa depan, kata
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Tun Mahathir telah memberi jawapan dia bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah
Mohd Ali akan datang," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu
ketika ditemui media pada program bantuan persekolahan "Ceria Ke
Sekolah' dan penyerahan bantuan peringkat Putrajaya, Jumaat.
Tengku Adnan berkata, UMNO kini sedang menunggu jawapan daripada
bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne
Abdullah berhubung jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu.
Beliau berkata, persiapan untuk perhimpunan berkenaan kini berjalan mengikut jadual.
Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Dis ini akan disertai 5,738
perwakilan yang terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung, 993
persidangan pergerakan wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri).
Taklimat presiden pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan
diadakan pada sebelah malam, 8 Dis dan bukannya pada petang seperti
kebiasaan.
Tengku Adnan turut menolak desas desus kononnya terdapat pihak
yang mahu membuat kacau sebaliknya melihat kehadiran kumpulan tertentu
nanti lebih cenderung untuk memeriahkan suasana perhimpunan.
"Jadi janganlah ada puak-puak yang nak buat cerita atau putar
belit mengatakan orang tertentu akan datang untuk mengganggu perhimpunan
(Agung UMNO) dan saya tak percaya mereka akan membuat kacau," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dari pelarian menjadi usahawan sombong
Pernah zaman kecik, aku dengar cerita pelarian kemboja mendarat di Malaysia. Masa tu aku tak arif sangat kenapa mereka jadi pelarian. Dalam ...

-
NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa melan...
-
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan