Persatuan Veteran Angkatan Tentera
Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib
terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan
imej persatuan itu.
Menurut Majlis Eksekutif PVATM, ini memandangkan Ali Tinju atau nama
sebenarnya Mohd Ali Baharom sering membuat kenyataan yang menyentuh
sentimen perkauman yang dilihat boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di
negara ini.
Tindak tanduk Ali Tinju itu juga disifatkan telah memberi imej yang
tidak baik terhadap Veteran ATM secara menyeluruh selain bercanggah
dengan prinsip dan amalan Veteran ATM di negara ini.
"Sentimen perkauman yang dilaung-laungkan Ali Tinju boleh menjejaskan
usaha pucuk pimpinan negara dan kerajaan untuk terus menyatupadukan
masyarakat pelbagai etnik dan agama di negara ini.
"Tindakan tidak bertanggungjawab Ali Tinju perlu dibendung dan
dihentikan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," menurut
PVATM dalam kenyataan di sini, Sabtu.
Mohd Ali sebelum ini pernah mencetus kontrovesi melalui beberapa
tindakannya termasuk insiden 'senaman punggung' di hadapan kediaman
pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan demonstrasi jalanan sewaktu
insiden Low Yatt.
Menurut PVATM, Mohd Ali pernah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu
DiRaja (RAMD) selama lapan tahun dan merupakan anggota persatuan itu
yang berdaftar di cawangan Petaling, Selangor, namun tidak aktif.
Persatuan itu turut menegaskan Persatuan Veteran Tentera Melayu Wilayah
Persekutuan dan Selangor (PVTM) yang ditubuhkan Mohd Ali tidak lagi
wujud.
"PVTM telah dibubarkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 April
2014 kerana gagal mematuhi beberapa syarat dan peraturan yang dikenakan
ke atas setiap persatuan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
"Oleh itu kami berharap pihak media tidak lagi menyebut dan mengaitkan
Ali Tinju sebagai Presiden PVTM kerana persatuan itu tidak lagi wujud,"
kata kenyataan itu.
PVATM merupakan persatuan terbesar veteran ATM dengan 160,000 anggota
dan kini diterajui Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor iaitu bekas Panglima
Angkatan Tentera Malaysia selaku presiden.-- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dari pelarian menjadi usahawan sombong
Pernah zaman kecik, aku dengar cerita pelarian kemboja mendarat di Malaysia. Masa tu aku tak arif sangat kenapa mereka jadi pelarian. Dalam ...

-
NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa melan...
-
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan