Khamis, 24 Disember 2015
Usaha kesan MH370 dasar Lautan Hindi berakhir Jun 2016
Walaupun semakin dilupai oleh penduduk dunia, namun usaha untuk mengesan kehilangan pesawat MH370 masih giat dilakukan.
Sejak hilang pada 8 Mac 2014, pelbagai cara telah digunakan untuk menjejak pesawat malang itu.
Usaha pencarian pesawat itu di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) hari ini.
JACC berkata, dari kawasan pencarian seluas 120,000 km persegi, lebih 80,000 km persegi kawasan dasar laut berkenaan sudah diterokai dalam misi pencarian itu setakat ini.
"Usaha mencari pesawat MH370 akan diteruskan walaupun ketika Krismas dan Tahun Baru," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Mengenai operasi terkini pencarian, JACC berkata, kapal Fugro Discovery menjalankan misi pencarian menggunakan peralatan tunda jauh ke dasar laut serta kapal Havila Harmony yang menggunakan Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV).
Kapal Fugro Equator telahpun tiba di pelabuhan Freemantle, Australia untuk menghantar bekalan dan menjalankan operasi penyelenggaraan enjin, kata JACC.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan krew.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dari pelarian menjadi usahawan sombong
Pernah zaman kecik, aku dengar cerita pelarian kemboja mendarat di Malaysia. Masa tu aku tak arif sangat kenapa mereka jadi pelarian. Dalam ...

-
NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa melan...
-
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan