Sabtu, 19 Disember 2015

Lima sekeluarga lemas tragedi kepala air

Tragedi kepala air meragut nyawa lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak dalam insiden di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, Terengganu, jam 11 pagi tadi.
 
Laporan menyebut, keluarga terbabit yang menetap di Shah Alam, Selangor pulang bercuti di Bukit 
Tunggal, Kuala Nerus, sebelum pergi berkelah di air terjun berkenaan.
 
Seramai 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kecemasan sekitar jam 11.35 pagi.

"Berdasarkan laporan awal, kita dimaklumkan sepasang suami isteri bersama tiga anak perempuan mereka lemas ketika mandi di kawasan perkelahan itu.

"Ketika sedang mandi, secara tiba tiba mangsa dihanyutkan arus deras dipercayai berpunca daripada kepala air," kata Zuraidi yang menambah bahawa mayat kelima-lima mangsa ditemui secara berperingkat tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.
 
Mayat terakhir ditemui jam 12.37 tengah hari tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan: