Selasa, 22 Disember 2015

Cerai dan cemburu punya bakar kereta di LRT Taman Jaya


Dicelah segala macam spekulasi mengenai kebakaran mengejut beberapa buah kereta di tempat letak kereta dekat stesyen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya tengahari Isnin… puncanya ada kaitan dengan kes cerai dan cemburu.

Kejadian berlaku bila seorang lelaki cuba membakar kereta bekas isterinya dengan melontar botol berisi minyak petrol. Kereta itu diletak di kawasan tempat letak kereta berkenaan.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din dilaporkan memberitahu, lelaki berkenaan tiba dengan motosikal ketika wanita itu sedang membersihkan bahagian dalam keretanya di situ.
Dia dipercayai naik marah bila melihat teman lelaki wanita berkenaan berada di situ.

Nasib baik wanita berkenaan sempat lompat keluar dari keretanya sebelum ia terbakar.

Kebakaran pada kereta wanita itu kemudian merebak ke lima buah kereta berdekatan.

Lelaki yang disyaki melakukan perbuatan itu telah melarikan diri meninggalkan topi keledar dan slipernya selepas kejadian. Sementara itu polis telah berjaya menahan lelaki berkenaan Isnin malam.

Sebelum itu dia kelihatan merayau di kawasan dekat stesyen LRT Taman Jaya.-21/12/2015




Tiada ulasan: