Ahad, 13 November 2022
Pertemuan PPBM-Pas sekadar menyedap hati
By Manzaidi Mohd Amin - 6 February 2017
KUALA LUMPUR – Dah agak dah, pertemuan empat mata antara pemimpin nombor dua Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 1 Februari lalu tidak ke mana.
Bukan mudah untuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuat keputusan bersetuju bekerjasama dalam pertemuan itu kerana mereka juga ‘yang menurut perintah’.
Mereka berdua hanyalah orang suruhan ketua masing-masing.
Kalau ketua kata, pergilah jumpa sekejap, mereka pun pergi jumpa. “Tapi, jangan nak memandai-mandai buat keputusan sendiri,” ketuanya sempat beri peringatan.
Lalu berjumpalah Tuan Ibrahim dengan Mukhriz di satu lokasi yang sehingga kini masih menjadi rahsia mereka berdua. Namun, pertemuan itu boleh dikatakan gagal seratus peratus.
Tidak ada sebarang keputusan dicapai, melainkan masing-masing berjanji hanya akan bentuk satu jawatankuasa teknikal bagi memastikan hasrat PPBM hendak bekerjasama dengan Pas menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini tercapai.
PPBM yang berusia empat bulan mempunyai cita-cita besar dalam perjuangannya. Mereka mahu menggantikan kerajaan ini dengan Pakatan Harapan (PH), bukan lagi BN.
Tak taulah mereka sedar atau tidak, itu bukan kerja yang mudah, tetapi kerana agenda itulah PPBM sanggup menebalkan muka memujuk Pas supaya bergabung dengan PH dalam PRU-14.
Bagi Pas, keputusannya untuk tidak bersama PH adalah muktamad. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah lama beri signal itu dan semua tahu termasuk PPBM.
Tetapi atas dasar semangat setiakawan dalam politik, PPBM berusaha untuk memujuk. Mana tahu, kalau tidak berjaya seratus peratus, sekurang-kurangnya 30 peratus dari matlamatnya, tercapai.
PPBM tahu kenapa Pas tidak mahu bersama PH. Kata Pas, selagi ada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN), mereka tak akan bergabung dalam apa jua pakatan yang dibentuk oleh pembangkang.
Cukuplah bagi Pas bekejasama dengan parti tidak ada nama iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) melalui pembentukan Gagasan Sejahtera (GS) untuk menghadapi PRU-14 ini, kerana parti Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu tidak banyak kerenah.
Tambahan pula, Presiden IKATAN sudah beritahu tidak mahu bertanding. Ini lagi memudahkan Pas untuk proses pengagihan kerusi nanti. Tidak ada istilah “satu untuk kau, satu untuk aku”, semuanya “ana yang punya”.
Memang sudah dijangka juga, selepas pertemuan itu akan ada suara sumbang dari DAP dan PAN. Ada yang kata, tak wajar Mukhriz membelakangkan mereka dan ada juga yang beri pandangan dalam bentuk sinis serta sindiran.
Bagi PPBM, walau apapun rakan gabungannya itu kata dan tuduh, mereka tetap akan memujuk Pas. Tujuan utama ialah memastikan pertandingan dua penjuru betul-betul berlaku.
Jika Pas berdegil mahu bersendirian juga, ertinya PRU-14 ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Sudah tentu ini yang menakutkan PPBM kerana ia akan memberi kemenangan mutlak kepada BN.
Sungguhpun begitu, bagi ramai para pemerhati dan penganalisis politik beranggapan, Pas ketika ini hanya mengambil sikap layan saja hasrat PPBM. Tapi, untuk bekerjasama, tidak mungkin berlaku sama sekali.
Adat parti berusia 66 tahun melayan parti berumur empat bulan. Umpama atuk dengan cucu. Atuk hanya akan melihat saja cucunya bermain, tapi, kalau dilihatnya cucu itu mahu berlari, atuk akan halang. – MalaysiaGazette
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan