KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad hari ini menyifatkan segala keterangan berkenaan isu 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) berhubung wang berjumlah USD 1.103 billion
(RM3.6 billion) yang dipindahkan dari Cayman Islands adalah tidak benar.
Menerusi tulisan terbaru di blognya, chedet.cc, Dr Mahathir berkata
segala keterangan berhubung perkara tersebut sebelum ini melanggar
peruntukan di bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.
Dr Mahathir
yang juga bekas menteri kewangan berkata kesalahan tersebut boleh
dihukum penjara sehingga tiga tahun di bawah undang-undang itu.
"Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan
yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh bilion (tujuh ribu
million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan
percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan
dengannya.
"Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan
siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka
proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang
terlibat," tulis beliau.
Dr Mahathir merujuk jawapan parlimen perdana menteri pada 10 Mac di
mana Najib berkata jumlah wang itu ditebus sepenuhnya dalam bentuk tunai
dan kini disimpan di BSI Bank Limited Singapore.
Bagaimanapun,
Khamis lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan, dalam jawapannya kepada
ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, menyatakan tiada tunai
dalam bank tersebut tetapi hanya "aset dalam dolar AS".
"Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan yang perdana menteri membohong.
"Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan dibawa balik dari Cayman Islands
dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis perdana menteri
kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.
"Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik," tulisnya lagi.
"Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.
"Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang
tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM3.6 bilion), dimasuk dalam bank BSI,
tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank.
"Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai," tulis beliau lagi.
Dr Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia sudah tentu dimaklumkan oleh
penguasa kewangan Singapura, Monetary Authority of Singapore, yang dana
itu bukan berbentuk wang tunai, tetapi ia dirahsiakan.
"Tujuan
merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan
yang dilakukan apabila Najib menjawab soalan yang wang tunai disimpan
dengan Bank BSI di Singapura," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan