Khamis, 21 Mei 2015

TPM desak PM pecat semua Lembaga Pengarah 1MDB

Muhyiddin_apanama_umno_1mdb_600
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.

Tegasnya Najib perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa ia isu serius dan beliau telus serta bertanggungjawab menanganinya.

“Dengan tidak semena-menanya, CEOnya buat hal pinjam sampai 10 bilion. Lepas itu setiap bulan kena bayar interest sampai 100 hingga 200 milion. Tidak pernah terfikir saya mana-mana syarikat dalam dunia tanggung macam begitu beban.

“Buanglah, CEO ini buang, bukan setakat buang, panggil boleh siasat..betul ambil tindakan. Bagi rakyat tengok haah. Barulah pimpinan kerajaan rasa tanggungjawab. Ambil tindakan serius. Kalau tidak buat begitu, ini akan membebankan bawa kita jatuh ke bawah”, jelas Muhyiddin.

Katanya, beliau mempunyai pendirian tegas terhadap isu ini dan tidak sanggup UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa kerana isu berkenaan.

Katanya, apa yang disuarakan bukan bermakna beliau melawan kepimpinan Najib, tetapi demi masa depan parti.

“Saya terangkan Saya bukan nak menunjukkan kehebatan saya, atau nak menunjukkan bahawa saya benci kepada kepimpinan saya atau tidak sebulu dengan presiden saya. Tidak. Saya hormat. Sebagai manusia saya hormat. Bagaimanapun this is a problem. This is a real problem. Masalah yang nyata bagaimana dalam masa singkat sebuah syarikat yang ditaja menanggung beban liabiliti 42 bilion”, jelas Muhyiddin.

Katanya, selaku Pengarah Pilihan Raya BN isu berkenaan menjadi beban.

Dalam taklimat yang diberikan, Muhyiddin menafikan wujudnya komplot seperti mana yang didakwa pembangkang dan Datuk Zaid Ibrahim bahawa beliau berkomplot untuk menjatuhkan kepimpinan Najib.

Sebaliknya beliau menegaskan itu semua fitnah.

“Zaid Ibrahim kata dia telefon saya, Datuk Pa dengan Datuk Nazri berkomplot nak tentukan termasuklah Tun Daim, bohong, fitnah. Jangan percaya dengan mudah dengan media sosial dan telah dinafikan” katanya dalam video yang dimuat naik Apanama di laman Youtube.

Muhyiddin menegaskan Najib perlu tegas menangani isu 1MDB dan menunjukkan kepada rakyat bahawa ia isu serius dan beliau telus serta bertanggungjawab menanganinya. 

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran