Jumlah keseluruhan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang telah
diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014 adalah RM51.4 bilion,
menurut jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat.
Ia merangkumi aset semasa bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan
semasa RM31.9 bilion, kata jawapan kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana
Jaya) yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan mengenai perkara itu.
Jawapan itu menyebut 1MDB mempunyai kedudukan aset-aset yang
kukuh antaranya tanah untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar
Malaysia di Kuala Lumpur.
Aset lain adalah tanah di Pulau Pinang seluas 94.69 hektar serta
13 loji jana kuasa dan penyahgaraman (desalination) di lima negara.
"Nilai aset-aset 1MDB adalah disokong oleh laporan penilaian yang
berkenaan atau nilai buku (book value) yang telah disahkan oleh
juruaudit bebas(Deloitte)," menurut jawapan itu.
Menurut jawapan bertulis kepada soalan Tony Pua Kiam Wee
(DAP-Petaling Jaya) juga ditujukan kepada Menteri Kewangan, aturan
antara 1MDB dan International Petroleum Investment Corporation (IPIC)
dibuat secara ‘arm’s length’ dengan terma-terma komersil yang mengikut
piawaian pasaran.
Ini berdasarkan maklumat yang dikemukakan pihak pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan.
"Pengumuman yang sewajarnya akan dibuat apabila nilai muktamad
penebusan opsyen diselesaikan dan akan dilaporkan di dalam penyata
kewangan beraudit akan datang," kata jawapan itu.
Pua bertanyakan sebab 1MDB memperoleh jaminan daripada IPIC untuk
terbitan-terbitan bon bernilai US$3.5 bilion, yang menurutnya
mengenakan syarat-syarat yang begitu menyeksakan.
Ia juga bertanya jumlah yang dibayar 1MDB untuk menebus opsyen
yang diberi kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investment PJS.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan