5 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan
Arifin atas kejayaan BN mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dalam
pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung, Selasa.
"Tahniah Datuk Hasan Arifin atas kemenangan di PRK Rompin. Hidup Barisan
Nasional!," kata Najib yang juga Pengerusi BN dalam catatan laman
Twitternya.
BN mengekalkan kerusi itu dengan meraih majoriti 8,895 undi.
Hasan, 62, meraih 23,796 undi berbanding calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi.
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu,
Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih,
Selangor pada 4 April lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Allahyarham Jamaluddin mengekalkan
kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan
bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti
15,114 undi.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengulas
kemenangan BN berkata kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Rompin itu
melambangkan kepercayaan dan keyakinan rakyat yang berterusan kepada BN
sebagai parti yang membela mereka.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih calon BN Datuk Hasan.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata parti itu akan
melakukan post-mortem mengenai punca kemerosotan undi majoriti dan
kekalahan di beberapa Pusat Daerah Mengundi pada PRK itu.
"Rakyat telah memberi isyarat dan BN mesti mengambil berat," katanya dalam satu kenyataan.
Hasan, 62, meraih 23,796 undi menewaskan calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang
memperoleh 14,901 undi. BN menang dengan majoriti 8,895 undi.
Muhyiddin yang juga Pengarah Utama PRK BN, menzahirkan terima kasih
kepada pengundi dan seluruh jentera BN yang bertungkus lumus berkempen
memastikan kemenangan calon BN.
Ini termasuk jentera BN di peringkat pusat, negeri dan bahagian serta negeri angkat dan bahagian angkat, katanya.
"Saya berharap agar Datuk Hasan akan meneruskan usaha-usaha yang telah
dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam
memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di Parlimen Rompin dan terus
membangunkan Rompin," kata Muhyiddin.
BN, tegasnya, komited untuk melaksanakan segala akujanji yang dibuat semasa kempen PRK itu.
-BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan