PUTRAJAYA: Negara-negara ASEAN sebenarnya
tidak perlu menanggung beban dalam isu pelarian Rohingya ekoran konflik
di Myanmar yang semakin meruncing.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Myanmar seharusnya menyelesaikan konflik secara dalaman tanpa membebankan negara jiran serantaunya.
Walaupun Malaysia sedia membantu dalam isu pelarian Rohingya, ia perlu dilakukan secara bijaksana memandangkan ia melibatkan isu keselamatan negara di samping isu menguruskan pelarian di negara ini.
"Ini suatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Kalau kita bagi isyarat yang tidak betul, seolah-olah mereka (pendatang) yang memasuki negara ini kita akan layan dengan sepatutnya.
"Selepas itu, akan ada ramai lagi yang datang," ujar beliau ketika ditemui Astro AWANI selepas
sidang media pelancaran Kejohanan Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin DRB-Hicom di Shah Alam hari ini.
Pada masa sama, beliau mempersoalkan peranan Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang dilihat kurang serius menangani isu ini.
Baru-baru ini Kabinet telah memutuskan supaya Wisma Putra bertindak bagi mengadakan rundingan dengan negara terlibat di samping mengawal kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.
“Itu adalah salah satu daripada perkara yang mahu dibincangkan dan ia merupakan isu penting dalam agenda,” ujar Anifah mengenai mesyuarat bersama Menteri Luar Bangladesh A.H. Mahmood Ali di Kota Kinabalu.
Kebanjiran orang Islam dari Bangladesh ke rantau Asia Tenggara dipercayai berlaku kerana keinginan mereka untuk bebas dari cengkaman kemiskinan, sementara mereka yang datang dari Myanmar pula adalah kerana ingin lepas daripada ditekan dalam strata masyarakat yang meminggirkan etnik minoriti Rohingya.
Dalam perkembangan berkaitan yang mencetus kontroversi, Presiden Myanmar, Thein Sein menolak untuk hadir di pertemuan serantau di Thailand jika jemputan tersebut membangkitkan krisis Rohingya.
Menurut satu kenyataan dari pejabat presiden negara itu, Thein Sein tidak akan menerima dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Myanmar adalah punca kepada krisis Rohingya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Myanmar seharusnya menyelesaikan konflik secara dalaman tanpa membebankan negara jiran serantaunya.
Walaupun Malaysia sedia membantu dalam isu pelarian Rohingya, ia perlu dilakukan secara bijaksana memandangkan ia melibatkan isu keselamatan negara di samping isu menguruskan pelarian di negara ini.
"Ini suatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Kalau kita bagi isyarat yang tidak betul, seolah-olah mereka (pendatang) yang memasuki negara ini kita akan layan dengan sepatutnya.
"Selepas itu, akan ada ramai lagi yang datang," ujar beliau ketika ditemui Astro AWANI selepas
sidang media pelancaran Kejohanan Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin DRB-Hicom di Shah Alam hari ini.
Pada masa sama, beliau mempersoalkan peranan Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang dilihat kurang serius menangani isu ini.
Baru-baru ini Kabinet telah memutuskan supaya Wisma Putra bertindak bagi mengadakan rundingan dengan negara terlibat di samping mengawal kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.
Pendatang
Rohingya berpusu-pusu mahu ke Malaysia kerana mahu bebas dari
penindasan di Myanmar selain tertarik dengan kemakmuran negara ini. -
Foto AFP
Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bertemu dengan rakan
sejawatannya dari Bangladesh hari ini untuk membincangkan tentang
krisis melibatkan pendatang dari negara itu dan Myanmar yang memasuki
rantau Asia Tenggara dengan bot.“Itu adalah salah satu daripada perkara yang mahu dibincangkan dan ia merupakan isu penting dalam agenda,” ujar Anifah mengenai mesyuarat bersama Menteri Luar Bangladesh A.H. Mahmood Ali di Kota Kinabalu.
Kebanjiran orang Islam dari Bangladesh ke rantau Asia Tenggara dipercayai berlaku kerana keinginan mereka untuk bebas dari cengkaman kemiskinan, sementara mereka yang datang dari Myanmar pula adalah kerana ingin lepas daripada ditekan dalam strata masyarakat yang meminggirkan etnik minoriti Rohingya.
Dalam perkembangan berkaitan yang mencetus kontroversi, Presiden Myanmar, Thein Sein menolak untuk hadir di pertemuan serantau di Thailand jika jemputan tersebut membangkitkan krisis Rohingya.
Menurut satu kenyataan dari pejabat presiden negara itu, Thein Sein tidak akan menerima dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Myanmar adalah punca kepada krisis Rohingya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan