Isnin, 25 Mei 2015
Saksi rakam detik mangsa terbakar dalam kenderaan
PETALING JAYA: Seorang saksi berjaya merakam kebakaran yang mengorban nyawa empat beranak di di Kilometer 386.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Ajil, Terengganu.
Nahas berlaku selepas kereta yang berada di lorong kecemasan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah treler.
Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan mangsa terseret sejauh 70 meter sebelum terbakar.
Dalam visual yang dimuat naik Terengganu Times di laman Facebooknya, kelihatan orang ramai memerhati api menjilat kereta dan treler berkenaan.
Turut kedengaran suara salah seorang saksi bertanya sama ada terdapat mereka yang terperangkap atau sebaliknya.
Dalam kejadian pada Ahad, empat sekeluarga rentung selepas kereta mereka yang tersadai di lorong kecemasan dirempuh treler seberat 16 tan.
Mangsa Ahmad Razi Harun, 53, dari Ketereh, Kelantan; menantunya, Dayang Suhana, 23, dan anak saudara, Umar Rayyan Suhaimi, 6, serta cucu, Nur Damia Irdiha Rosailan, 1, maut di tempat kejadian selepas kereta Kia Spectra dinaiki mereka terbakar.
Isteri Ahmad Razi, Sharifah Wangai, 49, dan kakaknya, Hafshah, 56, terselamat dalam insiden itu selepas mereka keluar dari kereta tersebut sebelum kejadian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan