Isnin, 20 Jun 2016

Jangan rasa bersalah beri laporan kemaskini kesihatan MB Kedah














Pihak yang bertanggungjawab tidak sewajarnya merasa bersalah untuk memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa mengenai keadaan kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang telah masuk hari keenam berada di hospital.
Beliau telah dikejarkan ke Kedah Medical Center (KMC) Sabtu lalu, setelah pengsan ketika mempengerusikan satu mesyuarat, tetapi dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) untuk menjalani pembedahan usus.
Suatu Kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mengatakan, MB itu terpaksa berada di wad ICU sehingga keadaannya pulih.
 
Media diminta membuat laporan mengenainya hanya dari kenyataan rasmi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan atau MB, tetapi sehingga ini belum ada kenyataan terkini mengenai keadaan Ahmad Bashah sama ada masih berada dalam ICU atau telah keluar.
Ketidakkonsistensi laporan mengenai keadaan kesihatan MB Kedah itu bermula sejak dari penafian pengsan kepada hanya pitam, tidak serius tetapi kemudiannya terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang kerana alat kelengkapan rawatannya lebih baik bagi komplikasi usus dan kemudian diketahui berada dalam Wad Rawatan Kecemasan( ICU) kerana jalani pembedahan usus. 
Pelbagai spekulasi timbul kerana tidak adanya konsistensi dalam laporan itu dan menimbulkan anggapan seperti ada usaha untuk menyembunyikan keadaan sebenar kesihatan MB Kedah itu.
Oleh kerana pelantikan Ahmad Bashah sebagai MB berlaku berlaku atas penyingkiran Mukhriz Tun Mahathir, maka orang ramai merasakan mereka dinafikan untuk mengetahui keadaan yang sebenar yang mungkin selari dengan sentimen mereka.
Hal lini adalah berbanding dengan laporan kesihatan mengenai bekas dua MB Kedah yang ketika menjalani rawatan senantiasa dikemaskini iaitu (Allahyarham) Datuk Azizan dari Pas dan Datuk Syed Razak yang diberkan tekanan dengan pelbagai lapuran negatif setiap hari bagi membolehkan penyingkirannya disegerakan untuk digantikan dengan Mahathir Khalid.

Tiada ulasan: