Jumaat, 10 Jun 2016

Polis nafi empat mangsa culik dibawa ke Bukit Aman


Polis menafikan bahawa empat warga Malaysia yang dibebaskan selepas diculik lelaki bersenjata di perairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada April lepas dibawa ke Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Tidak ada keperluan untuk bawa mereka (empat warga Malaysia) ke Bukit Aman kerana mereka sekarang berada di Kota Kinabalu, Sabah untuk diambil keterangan berkaitan perkara-perkara berhubung insiden penculikan itu dan melengkapkan siasatan polis," katanya. -- BERNAMA

Tiada ulasan: