Khamis, 30 Jun 2016

Peguam Negara ketuai pendakwaan kes Guan Eng hari ini


Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengetuai barisan pihak pendakwaan bagi kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo di Jalan Pinhorn, Phang Li Koon yang berhadapan pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pagi ini.

"Insya-Allah, saya akan mengetuai barisan pihak pendakwaan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang esok," katanya kepada Bernama.

Lim dan Phang dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.

Lim dibawa ke ibu pejabat SPRM dengan diiringi peguamnya R.S.N Rayer yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, dengan kereta rasmi kerajaan negeri pada 6.30 petang.

Sebelum ditahan, Lim berada di pejabatnya bagi mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.

Pada tengah hari, Lim turut mengadakan sidang akhbar berhubung debat terowong dasar laut yang diadakan di sini malam tadi.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran