Sabtu, 25 Jun 2016

Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap pada sidang media mengumumkan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahli UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto FAREEZFADZIL, 24 JUN 2016
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menolak kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dipecat keahlian mereka berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu diumumkan Najib selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan tersebut sebulat suara pada mesyuarat petang tadi.

"Keputusan memecat keahlian mereka adalah berdasarkan perbuatan mereka sendiri yang melakukan pelbagai kesalahan yang melanggar disiplin parti.

"Mereja juga sudah jelas memolak UMNO sehingga sanggup duduk satu pentas dengan pembangkang hanya untuk memburukkan parti," katanya.

Sementara itu, keahlian Naib Presidebn UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal digantung sehingga siasatan jawatankuasa disiplin parti selesai.

Muhyiddin sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO,

Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Khairy Jamaludin.

Tiada ulasan: