Sabtu, 25 Jun 2016

PM Cameron umum letak jawatan selepas Britain pilih keluar EU

cameron

Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan akan meletak jawatan Oktober ini, selepas keputusan pungutan suara memihak negara itu keluar dari Kesatuan Eropah.

Cameron membuat pengumuman itu di luar kediaman rasminya di Downing Street, London sejurus selepas keputusan penuh pungutan suara itu diketahui.

Beliau berkata, akan cuba "mengemudi kapal" dengan sebaiknya dalam minggu dan bulan akan datang.

Cameron sebelum ini berkempen supaya rakyat Britain mengekalkan keahlian negara itu dalam Kesatuan Eropah dengan memberi amaran risiko ekonomi dan keselamatan.

Bagaimanapun, 52 peratus memilih meninggalkan Kesatuan Eropah.

Keputusan itu menyebabkan nilai matawang pound jatuh paling teruk berbanding dolar AS sejak 1985.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran