Seorang remaja
dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini
atas tuduhan cubaan membunuh dengan cara memotong kaki kiri seorang
warga emas wanita, 19 Jun lepas.
Hakim Dazuki Ali menjatuhkan
hukuman itu kepada tertuduh Mohd Fikri Noor Rosland, 19, yang mengaku
bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Tertuduh yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu
diarah menjalani hukuman penjara tersebut dari tarikh dia ditangkap.
Dia didakwa memotong kaki kiri Mek Som Mat Diah, 89, sehingga putus
dengan menggunakan sebilah mata pisau tanpa hulu di sebuah rumah di
Kampung Tanjung Rendang Lemal, di sini.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail memohon supaya
tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan
awam bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah mengurangkan hukuman penjara terhadapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan