Sidang media anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) oleh
Presidennya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bersama Azharuddin
Othman hari ini dikejutkan dengan kemunculan 'Ratu Naga' atau Syarul
Emarina Abu Samah.
Ratu Naga yang berdiri dalam kalangan wartawan mencabar Azharuddin
membuat sumpah laknat mengesahkan segala dakwaannya dalam akuan
bersumpah sebelum ini adalah sahih dan benar.
"Saya datang di sini sebab nama saya kena sebut dekat berita setiap
hari dan dicaj atas akta sakit hati.. Kalau saya kenali orang yang sebut
nama saya, tidak apa.
"Tapi masalanya saya tidak ada kaitan langsung dengan benda ini
semua, saya masih dengan BN.. kalau lihat tengok wall Facebook saya pun,
memang saya tak ada campur langsung 'Deklarasi Rakyat' itu kerana saya
sarat mengandung.
"Suruh dia tunjuk telefon bimbitnya, saya mahu tengok ada simpan
nombor telefon saya tak kalau betul dia kenal saya, sebab dia kata saya
telah hubunginya.
"Saya stress dengan apa yang dilalui selama ini. Saya nak tanya
Azharuddin, boleh tak bersumpah laknat atas nama ibu bapa awak atau
bini, anak awak, yang awak kenal saya dan pasal database ini.. Itu
saja," cabarnya.
Ratu Naga yang mengandung enam bulan juga meminta Azharuddin
menjawab beberapa soalan, tetapi Azharuddin tidak memberikan sebarang
komen dan reaksi balas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan