Itu pernyataan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengenai tohmahan negara kini mengalami masalah hutang yang kritikal.
Menurutnya, masalah hutang negara yang dibangkitkan pembangkang tidak menggunakan fakta yang tepat dan mahu rakyat tidak melayannya.
"Hutang kita masih ditahap yang cukup mampu ditangani malah banyak negara-negara lain hutang mereka lebih tinggi seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Singapura berbanding per kapita lebih besar daripada kita.
"Jangan dengar kata ketua ranting PAN, jangan dengar calon pembangkang..dengar kata Bank Dunia, IMF mereka kata ekonomi kita diuruskan dengan baik. Hendak buat penilaian ketua ranting PAN atau Bank Dunia?
"Takkan dengar PAN, Pas. Tentu sekali tidak," ujarnya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016 di sini pagi tadi.
Menurut Najib, dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu, kerajaan masih mampu membina negara.
Jika tidak, menurutnya, di mana kerajaan mendapatkan sumber membayar RM500 kepada penjawat awam dan pesara menjelang Hari Raya Aidilfitri dan bantuan kepada penoreh getah dan pekebun kecil hari ini.
Jelas, katanya, cukai baharu, GST memberikan pulangan yang baik membolehkan kerajaan memulangkannya semula kepada rakyat dalam bentuk bantuan dan sumbangan.
Menurutnya, semasa bersahur di Ipoh semalam, beliau berjumpa dengan pemilik Restoran Vanggey bernama Muhamad yang memuji-muji perlaksanaan GST.
Menurut Najib, Muhammad menyatakan cukai melalui GST lebih rendah kadarnya berbanding SST sebelum ini dan melaluinya dia dapat memantau jumlah cukai yang dibayarnya berbanding dahulu.
"Jelas, GST tidak menyusahkan rakyat. Ini untuk kebaikan negara dan apabila hasil bertambah kita pulang balik kepada masyarakat," katanya.
Dalam pada itu, Najib juga mahu pekebun kecil dan penoreh getah di Kuala Kangsar yang berhimpun hari ini membantu kerajaan dengan mengundi calon BN, Datin Mastura Mohd. Yazid.--
http://malaysiagazette.com/ms/politik/percaya-cakap-bank-dunia-atau-pan-najib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan