Sabtu, 11 Jun 2016
Kertas cadangan LCCT2 sedang disiapkan - Tony Fernandes
AirAsia Berhad mengesahkan akan menukar nama KLIA2 kepada LCCT2 (Terminal Penerbangan Tambang Rendah) tidak lama lagi.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kertas cadangan penukaran nama itu kini sedang disiapkan sebelum diserahkan kepada kerajaan.
"Aireen Omar (Ketua Pegawai Eksekutif) akan menyiapkan kertas cadangan LCCT2 secepat mungkin dan tidak tahu bila akan diluluskan. Idea untuk menukar nama KLIA2 sebagai sinergi kempen penjenamaan.
"Kami dapat merasakan mampu menjadi seperti Dubai. Kempen penjenamaan ini sudah pun dijalankan.
"Kami tidak boleh membuang masa apatah lagi dengan kejatuhan ringgit dapat menggalakkan lebih ramai pelancong dari luar datang ke Malaysia.
"Bila ringgit rendah, kos sangat murah datang ke sini. Jadi inilah waktu yang tepat untuk menarik pelancong Singapura sebagai hab tambang rendah.
"Jika saya menunggu MAHB (Malaysia Airports Holdings Malaysia) dan kerajaan, ia akan mengambil waktu yang lama dan kami akan terlepas peluang ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis memperkenalkan simulator pesawat lengkap iaitu A330 CAE 700XR Siri oleh Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asian (AACE) di Glenmarie di Shah Alam di sini hari ini.
Tony diminta mengulas kenyataannya di Twitter semalam, yang antara lain mengatakan, berbunyi AirAsia akan mula memanggil klia2 sebagai LCCT2.
Jelas kenyataannya itu, dunia akan tahu nilai tambang terbaik adalah di LCCT2 untuk menghubungkan semua orang di peringkat global
AirAsia dan AirAsia X ketika ini adalah pengendali syarikat penerbangan terbesar di klia2.
Syarikat penerbangan lain adalah Cebu Pacific Air dari Filipina, Tiger Air (Singapura), Lion Air (Indonesia) dan JetStar (Australia).
klia2 dibina untuk memenuhi pertumbuhan yang memberangsangkan dalam industri penerbangan tambang rendah dan dapat menampung 45 juta penumpang setahun.
Lapangan terbang itu dibina dengan kapasiti yang lebih besar dan kemudahan terbaik, menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT), yang mempunyai kekangan dari segi kapasiti dan pertumbuhan yang terhad.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan