Mangsa berusia 65 tahun itu dilaporkan mengadu sakit dada dan pengsan pada babak paling menakutkan dalam filem itu ketika menonton wayang bersama rakannya di Tiruvannamalai, Khamis lalu.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia.
Malangnya, mayatnya hilang selepas kakitangan hospital meminta rakannya itu membawanya ke hospital lain untuk membolehkan bedah siasat dilakukan.
Kedua-duanya kemudian lesap begitu saja dan kes itu kini disiasat polis.
Laporan media tempatan mendakwa rakan berkenaan dilihat terburu-buru membawa mayat lelaki itu pulang ke rumah mereka menaiki beca bermotor.
Polis masih cuba mengenal pasti identiti kedua-dua lelaki terbabit.
The Conjuring 2 raih lebih AS$104 juta (RM425 juta) di seluruh dunia sejak muka ditayang awal bulan ini. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan